top of page
Puan for web.png

Saya Liyana Marzuki

Sepanjang hidup saya, saya bertuah kerana diberi pelbagai peluang untuk belajar.

​

Almarhum Datuk saya bekerja sebagai seorang guru selalu menekankan prinsip hidup yang paling utama ialah untuk mengejar ilmu sepanjang hayat. Saya dilatih menjadi seorang peguam di UiTM, Shah Alam untuk pengajian ijazah saya dan menyambung pengajian ke King's College London untuk pengajian Sarjana.

​

Saya memulakan kerjaya saya dengan memasuki Perkhidmatan Awam Malaysia di Jabatan Peguam Negara (AGC) sebagai Timbalan Pendakwa Raya dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Jawatan terakhir saya ialah sebagai Peguam Kanan Persekutuan di Bahagian Penasihat, AGC.

​

Saya beralih angin ke sektor korporat dan meninggalkan perkhidmatan awam pada tahun 2015 dan bekerja sebagai Ketua Perundangan dengan syarikat antarabangsa yang terlibat dalam sektor rel.

​

Saya dipanggil semula untuk berkhidmat dengan Kerajaan pada tahun 2018 sebagai Pegawai Khas kepada Menteri  Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Pada tahun 2020, selepas Kerajaan Pakatan Harapan jatuh, saya mulakan menulis di media sosial sebagai Aktivis Politik.

​

Objektif saya adalah untuk mendidik masyarakat mengenai politik, demokrasi dan melawan propaganda.

​

I'm Liyana Marzuki

Throughout my life I have been fortunate to be given the opportunities to learn.

 

My late grandfather being a teacher always emphasized to me that the pursuit of knowledge should be the biggest life goal. I was trained as a lawyer first at UITM for my undergraduate and later at Kings College London for my Masters degree.

 

I entered the Malaysian Public Service with the Attorney General's Chambers serving as a Deputy Public Prosecutor, legal adviser to KPDNKK and finally a Senior Federal Counsel in the Advisory Division.

 

I took a career detour when I left the Public Service for the private sector where I served as the head of legal in an international engineering company specializing in rail projects.

 

I was recalled into Public Service when I was called to serve the Minister of International Trade and Industry as a Special Officer. After the Pakatan Harapan government collapsed, I started writing full time.

​

My goal is to educate the public on politics, democracy and to combat propaganda.

bottom of page