top of page

A NEW DAY



1. Alhamdullilah semalam kita dapat PM baru. PM ke 10. DS Anwar Ibrahim. Satu lembaran baru buat Malaysia.


2. Pagi2 dah, market KLSE dah bagi signal memberansangkan. Semalam naik sampai 50 points. Hari ni sure boleh raly lagi. Ringgit Malaysia pun makin kukuh. RM4.50 dah. Alhamdulillah…


3. Bagi yang nak tahu, itu menunjukkan respon positif pelabur ke atas kepimpinan baru Malaysia. Tunjukkan keyakinan. Cuma kita harap ia bertahan. Mana tahu dapat bull run.


4. Kita dengar sidang media pertama PM10 semalam. Yang paling kita excited, dapat cuti Isnin ni. Nak bagi Jumaat, tak boleh lagi. Market tengah best. Kalau cuti hilang momentum pula. Oklah, kita boleh terima. Nampak prudent PM baru kita.


5. Benda lain yang menarik, dia nak declare asset dan tak ambil gaji PM. That’s interesting. He walks his talk. Tunjukkan transperansi dan integrity agenda utama. Kita harap kekal lama. Jangan angat2 tahi ayam pula.


6. Beliau juga cakap mengenai Unity. Beliau akan lindungi hak2 peribumi yang ada dalam Perlembagaan negara. Pada masa yang sama, akan pastikan hak kaum minoriti terjaga. Ini mesej “tempek ke dahi” pemimpin walaun yang suka buat retorik bangsa dan agama.


7. All in all, saya puas hati hari pertama PM10 naik memerintah. Saya kasi 8/10. 5 bintang.


8. Ingat mantra baru kita,


“Loyalty to our country always. Loyalty to the Government, only when they deserve it”.


9. Buat masa ini, Kerajaan ini perlukan sokongan kita. Sokong la mereka. Saya bagi mereka a breather 12 bulan. Bagi mereka susun langkah dulu. Kita jangan hentam dan balun dulu. Banyak nak dibuat tu.


10. Looking forward to a better Malaysia. The wind of change is finally here. In sya Allah…


Salam hormat,

Liyana Marzuki


45 views

Recent Posts

See All

TUKAR

Betul ke nak tukar Kerajaan lagi, apa cerita sebenarnya?

Comments


bottom of page