top of page

BORNEO BLOC

[Versi BM di bawah]


1. I have been wanting to write about North Borneo politics. For our friends in Sabah and Sarawak.


2. Truth be told, I have been blind sided and brainwashed. Since young, I was told that Sabah and Sarawak are part of Tanah Melayu. I was told also that Bumiputeras are predominantly Malays. To the extent that I believe, both Sarawakians and Sabahans are Malays. Hence we are the same. Therefore, the Ketuanan Melayu applies there too.


3. During my Uni days, when I met my Sabahan and Sarawakian friends, I realised many things. Sabah and Sarawak combined, the total land area is actually bigger than Tanah Melayu. No part in history states that they were part and parcel of Tanah Melayu. Sarawak once belonged to the Brunei sultanate and Sabah once belonged to the Sulu sultanate. How in the world did my Malay leaders claimed they were part of Tanah Melayu?


4. While studying for my law degree, we learned about the formation of Malaysia. I know for a fact that, Sabah and Sarawak were the equal partners to Malaya. But throughout the 59 years of being in Malaysia, these 2 partners have been reduced to just being amongst of the many states in Malaysia.


5. I know there have been injustice done to my fellow citizens in Sabah and Sarawak. For many years, they have been lagging behind both economically and socially. They feel that they have been cheated. Their vast natural resources have been used to primarily benefit Peninsular Malaysia.


6. This could only happen because both Sabah dan Sarawak succumbed to their political masters from Malaya. Their leaders lost their voice along the way in the name of political partnership.


7. Hence, when I first heard about the formation of the Borneo Block, I thought that this was a brilliant move. There are 56 parliamentary seats combined in these 2 states and these are 1/4 of the total number of seats. If Borneo Block were to happen, they can be a very formidable force. They can ask for the fulfilment of the promises made in Malaysia Agreement 1963. Perhaps one day, they can ask for the country premiership.


8. Provided always, you trust your local party. Give them your full support and faith. If you are serious about a change, do not vote for any alliance who has only a political allegiance towards Malaya. Because you can’t trust them to bring home what you need.


9. An ex-PM claimed recently that Jews and Christians will take over Malaysia. He used this bigotry remark to hunt for Malay Muslims vote. It is the most inexcusable act that we have seen in this GE15 so far.


10. Do not allow this culture of bigotry to invade your states. Reject the parties who support this leader. Stick to your local parties. They know you better.


11. I fully support the intention of Warisan and GPS to work together in forming the Borneo Block.


12. In the spirit of the Malaysian partnership, it would be great if Borneo Block can carry a unified voice of the people of Sabah & Sarawak to provide the check and balance to the administration.I believe, that’s the best recipe for a greater Malaysia.


Salam hormat,

Liyana Marzuki


*In solidarity with Parti Warisan Sabah


*****************************************************


BLOK BORNEO


1. Dah lama saya nak menulis tentang politik Borneo. Khas untuk sahabat kita di Sabah dan Sarawak.


2. Sejujurnya, dari kecil saya tertipu. Saya diberitahu Sabah dan Sarawak ini sebahagian dari Tanah Melayu. Saya juga diberitahu, Bumiputera itu Melayu saja. Saya percaya, orang Sabah dan Sarawak juga semua orang Melayu. Kita sama saja. Maka, Ketuanan Melayu terpakai di sana.


3. Masa Universiti, baru saya tersedar. Bilamana saya jumpa ramai kawan Sabah dan Sarawak. Saya baru tersedar sebenarnya, keluasan Sabah dan Sarawak itu lagi besar dari Tanah Melayu. Takde dalam sejarah katakan mereka terletak dalam Tanah Melayu. Yang saya tahu selepas itu, Sarawak kepunyaan Brunei dan Sabah kepunyaan Sulu. Macam mana pulak pemimpin di sini cakap SS jajahan Tanah Melayu?


4. Ketika belajar di law school, kami belajar mengenai pembentukan Malaysia. Saya sedar dan tahu pada masa itu, Sabah dan Sarawak patutnya jadi partner pada Malaya. Hak mereka sama saja. Namun setelah 59 tahun kita bersama, SS dah jadi status negeri saja. Bukan lagi Wilayah.


5. Saya sedar adanya ketidakadilan kepada rakan2 senegara saya di SS. Berzaman mereka telah ketinggalan. Baik dari segi ekonomi dan sosial. Mereka rasa tertipu. Sumber asli mereka dirobek untuk keuntungan satu pihak saja. Mereka tak kecapi pembangunan maksima dengannya.


6. Ini terjadi pada saya, kerana SS tunduk kepada political master di Malaya. Pemimpin mereka hilang suara atas nama rakan kongsi politik.


7. Oleh itu, bila pertama kali saya dengar mengenai cadangan Blok Borneo, saya percaya ia langkah cukup bijak. Ada 56 kerusi parlimen kesemuanya untuk SS. Membawa kepada 1/4 kerusi in total. Kalau dibuat Blok Borneo ini, parti2 tempatan SS akan jadi kuasa besar. Penentu lanskap politik negara. Mereka boleh minta janji MA63. Mana tahu suatu boleh dapat seat Perdana Menteri juga.


8. Namun syaratnya, orang Sabah dan Sarawak kena selalu percaya parti tempatan anda. Beri mereka sokongan dan keyakinan. Mereka boleh lawan gergasi Malaya. Jangan undi parti yang ada kesetiaan pada orang lain, selain Sabah& Sarawak. Kerana anda tak boleh percayai dia boleh bawa pulang apa yang anda ingini.


9. Seorang bekas Perdana Menteri baru2 ini katakan, orang Yahudi dan Kristian akan ambil alih Malaysia. Beliau katakan Ini untuk mendapatkan undi orang Melayu Islam. Pada saya, ia kenyataan paling enteng dan teruk dalam PRU ini. Janganlah orang lain ikuti.


10. Oleh itu, jangan benarkan budaya bigot agama ini masuk ke sana. Memecah budaya anda. Tolak mana2 parti yang mendokong pemimpin sebegini. Undi parti lokal yang faham anda dan negeri sendiri.


11. Saya sokong sepenuhnya cadangan Warisan untuk bekerjasama dengan Sarawak membentuk Blok Borneo.


12. Dalam semangat Persekutuan Malaysia, Blok Borneo ini boleh memberi semak dan imbang kepada kuasa Malaya. Ini saya rasa resepi yang baik untuk dapatkan Malaysia yang sejahtera.


Salam hormat,

Liyana Marzuki


26 views

Recent Posts

See All

TUKAR

Betul ke nak tukar Kerajaan lagi, apa cerita sebenarnya?

Commentaires


bottom of page