Ada Otai UMNO pernah bgtau saya. Kalau nak masuk politik, masuk DAP. Senang nak menang. Mereka pun nak muka Melayu dalam parti.
Ada yang lebih wisdom sikit cakap, DAP sekarang ada MP 42 orang, sebagai perbandingan UMNO pula 37. Dalam 42 orang MP DAP tu hanya 1 orang saja Melayu. Makanya kalau DAP nak hilangkan identiti parti untuk kaum Cina saja. Mereka kena lebih terbuka. Terima lebih ramai Melayu.
Little bird bagtau, line up DAP PRU15 ada banyak muka Melayu. Rara bertanding di Bentong, Syahredzan di Bangi dan Zulhazmi Sharif di Jerai. Ada juga lagi nanti.
Bagi ramai orang Melayu, DAP ni dah jadi boogeyman sepanjang zaman. Dari kecil kita dengar mereka ni anti Melayu dan Islam. Walhal, banyak je MCA keluarkan kenyataan bukan2. Tapi sebab geng dengan Kerajaan, kita pejam mata maafkan.
Tapi DAP pun kadang ada pemimpin nya mulut puaka. Tak tahu sensitiviti. Main tembak untuk mileage politik sendiri. Makanya, jadi peluru berpandu untuk pihak lawan. Itu sebab sampai sekarang ramai Melayu allergic.
Namun, banyak benda yang dibuat dah bukan seperti dulu. Mereka dah umum mengangkat Perlembagaan Persekutuan. Ada ramai pemimpin yang sungguh2 buat kerja untuk rakyat. Setiausaha Agongnya pun fasih berbahasa. Tapi masih ramai lagi yang skeptikal.
Pada saya, DAP takkan diterima, selagi retorik kaum diguna. Pemimpin mulut takde insurans seperti Ramasamy dan Ronnie Liu perlu didisplinkan. Free2 bagi point pada lawan.
Satu lagi yang sensitive, iaitu kurang pengiktirafan kepada kaum majoriti dalam parti. Lineup teratasnya hanya satu kaum. Non Chinese hanya ada 2-3. Melayu yang masuk dilihat dari luar hanya boneka.
Makanya, ngomel saya di atas tunjukkan, saya tak boleh masuk DAP. Akan jadi maverick. Banyak benda nanti akan buat saya tercekik.
Politik ni kalau nak masuk kena menang, kata mereka. Tapi kalau partinya tak kena dengan jiwa, tak boleh juga. Lebih baik jadi #teamrakyat saja.
Satu lagi nak tambah, jangan la jolok polemik minority control majority. Macam kejadian Prime Minister di UK. Walaupun kita tahu ada pemimpin DAP guna itu sebagai modal politik semata2. Nak dekat pilihanraya.
UK tunggu beratus tahun untuk berlaku itu semua. Kita pula baru 65 tahun merdeka. Perlu belajar menerima. Kaum majoriti masih mengawal lanskap politik Malaysia. Kena tahu juga bagaimana nak jaga hati mereka. Bukan semborono sahaja.
Salam hormat, Liyana Marzuki
Comments