top of page

DUE DILIGENCE

1. Dulu ketika saya bekerja dengan korporat 3 tahun, syarikat kami berjaya menyenaraikan anak syarikat di Singapore Exchange, bursa saham Singapura. Banyak saya belajar dari proses tersebut. Yang paling utama saya belajar apa maksud “due diligence”.


2. Due-D ini bermaksud kita membuat kajian dan semakan menyeluruh sebelum membuat apa-apa keputusan. Perlu lihat dari segenap sudut dengan melihat fakta yang ada. Selepas due-d dibuat, barulah kita boleh buat keputusan tepat.


3. Dengan pengalaman saya itu, saya aplikasi dalam memilih calon Wakil Rakyat. Bukan saja kita kena semak Cv mereka. Kita juga kena dengar apa mereka cakap. Adakah dia seorang party man atau betul2 pejuang rakyat? Adakah beliau hanya seorang politikus atau negarawan?


4. Kawasan saya mengundi tahun ini adalah antara yang terpanas. Tambun di Perak. Ia tempat menentukan karier politik PM tepi 30 tahun, Anwar Ibrahim.


5. Adakah beliau akan tersungkur di Tambun atau tempat ini akan mengangkat dia menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-10? The very least kalau dia menang di Tambun, tapi PH kalah, Malaysia tetap perlukan Ketua Pembangkang yang kuat. Untuk semak imbang Kerajaan.


6. Disebabkan saya PRU tahun ini menggunakan pendekatan ABU dan saya tolak mantan MP saya di situ, yang tinggal hanya calon PKR dan GTA. Makanya saya akan buat due-d ke atas mereka ini.


7. Minggu lepas saya hadir ke suatu Majlis dan saya tanya soalan direct kepada calon saya. Saya nak dengar sendiri apa dia cakap? Nak nilai sendiri. Soalan yang saya beri saya letak di sini, jawapan yang beliau beri saya akan up posting lain kali.


8. Namun, apa yang nak saya nak sampaikan, kita nak due d calon, jangan hanya atas paper. Dengar kan ceramah mereka, kalau tak di Majlis fizikal, youtube dan tiktok sure ada. Tanya2 kan orang keliling atau inner circle dia. Due d betul2. Jangan salah pilih pula.


9. 5 tahun mereka nak berkhidmat untuk kita. Dah level pekerja. Makanya elok la kita tapis betul2. Jangan tangkap muat saja. Ingat, undi kita bukan untuk parti, tapi untuk negara.


Salam hormat,

Liyana Marzuki



777 views

Recent Posts

See All

JAJARAN

MALAYSIA MEMILIH

1. Hari ini 19 November 2022, akan tersisip dalam sejarah negara. Hari rakyat Malaysia memilih Kerajaan mereka, selepas pelbagai isu dan...

Comments


bottom of page