top of page

DUE-DILIGENCE Part 2

1. Awal minggu ini, saya ada up posting mengenai soalan saya kepada DSAI. Tujuannya nak tahu apa pelan beliau terhadap Perak dan seterusnya untuk Malaysia.


2. Saya katakan yang Perak makin merudum ekonominya. Data daripada TERAJU pada tahun 2021 menunjukkan Perak negeri kedua dalam Malaysia yang punya paling tinggi golongan B40 di kalangan Bumiputera. Itu data yang mengejutkan saya. Selama ini Perak antara negeri paling membangun di Malaysia.


3. Saya tanya DSAI, apa yang beliau akan buat untuk Perak kalau beliau menang di Tambun dan PH menang pilihanraya.


Jawapan beliau singkat tapi padat.


4. Beliau katakan, negeri Selangor dan Pulau Pinang sekarang di bawah pentadbiran PH. 2 negeri ini adalah ekonomi paling membangun dan maju di Malaysia. Pelaburan asing adalah tertinggi di negeri2 ini, rezab tunai tinggi dan pembangunan ketara.


5. Jadi dengan Selangor di selatan dan Pulau Pinang di utara, PH akan memastikan kemakmuran ekonomi di 2 negeri ini melimpah ke Perak. Ini akan dibuat melalui pembentukan Koridor Ekonomi Wilayah Tengah : Selangor, Perak dan Pulau Pinang.


6. Beliau juga tegaskan, walaupun kita merancakkan ekonomi wilayah tengah ini, namun sekiranya ketirisan dan rasuah masih berleluasa, ia takkan membawa makna. Makanya, perlu tingkatkan usaha melawan korupsi dalam pentadbiran negeri dan pastikan ada tadbir urus yang baik.


7. Dia sempat menyelit agar undi dia di Tambun. Saya senyum.


8. TBH, saya puas hati dengan jawapan beliau. Saya harap jangan hanya omong pilihanraya.


9. Pada saya, kalau dia menang di Tambun, dan ditakdirkan PH tak tawan Putrajaya, saya percaya PH takkan jadi Pembangkang yang lemah. Ketuanya ada substance and experience. Saya percaya beliau boleh beri that balance. Semak dan imbang demokrasi kita.


10. Sama ada dia jadi Perdana Menteri atau tidak, itu Tuhan yang tentukan. Kalau ada rezeki beliau naik, kalau tiada, dia jadi PM tepi paling lama.


11. Namun, saya percaya, Malaysia masih perlukan dia dalam Parlimen. Untuk membawa suara rakyat Malaysia. Makanya, untuk parlimen Tambun, dia pilihan saya. Pada saya, antara dia dan Peja, he’s the lesser evil.


Salam hormat, Liyana Marzuki



104 views

Recent Posts

See All

JAJARAN

MALAYSIA MEMILIH

1. Hari ini 19 November 2022, akan tersisip dalam sejarah negara. Hari rakyat Malaysia memilih Kerajaan mereka, selepas pelbagai isu dan...

Comments


bottom of page