1. Tidak dapat dinafikan, PRU15 lalu, Gelombang Hijau melanda negara. Parti PAS, pertama kali dalam sejarah, menang 49 kerusi Parlimen. Komponen paling berkuasa dalam Perikatan Nasional kini.
2. Cuma mereka kalah dengan Pakatan Harapan dalam Undi Popular dan PH tetap kerusi terbanyak, dengan 83 kerusi.
3. Malam pengumuman keputusan itu, mereka tersentak. Termasuk di Istana. Macam mana PAS boleh menang banyak? Orang Sabah dan Sarawak juga menggelabah.
4. Yelah, seminggu sebelum PRU, TS Muhy dah provoke isu kaum dan agama. Katanya Orang Kristian dan Yahudi nak memerintah Malaysia. Buat polemik seperti biasa. Orang SS takkan suka.
5. Sama saja di Semenanjung, ramai terkejung. Ada yang pangkah logo PN di kertas undi, tapi tak tahu sebenarnya yang mereka pangkah adalah MP PAS. Kerana mereka pakai logo lain. Yang terkejung tu kebanyakan di kalangan pengundi centrist.
6. Makanya, ilham Kerajaan Perpaduan dilahirkan di Istana. Itu cadangan terbaik untuk turunkan suhu politik negara. Tapi ditolak mentah2 oleh PN. Kalau orang lain buat, confirm mereka dah bahan derhaka.
7. Fast forward 6 bulan Kerajaan Perpaduan (Minus PN) memerintah, gelombang hijau masih tak reda.
8. Tapi kali ini pada saya, bukan gelombang hijau belah PAS saja. PMX pula gerakkan gelombang hijau tersendiri. Bermula dengan Majlis Ilmu setiap malam Jumaat di rumah rasmi beliau, di Perdana Putra.
9. Pengumuman buat pertama kalinya, Dasar Tahfiz Negara. Hinggalah semalam Majlis Ilmu Madani di Masjid Putra. Katanya dihadiri oleh lebih 18,000 umat. Sabar untuk mendengar kuliah mantan Mufti Agung Mesir dan ulamak terkenal dari Yaman.
10. Yang saya lihat sudah ada dua pertembungan gelombang agama ini. Islam progresif yang dibawa oleh PMX dan Islam konservatif yang dibawa oleh PAS. Masing2 cuba mengambil hati ilmuwan dan orang Islam seluruh negara.
11. Menunjukkan kuasa politik masih lagi dipegang oleh orang Islam dengan populasi 62% dari jumlah penduduk negara. Makanya fokus parti politik lebih kepada mereka.
12. Bagi pengundi yang bijak, kita tengokkan saja. Sebagai pengadil bukan penyokong totok, kita sedar dan tahu, politik ini bukan saja untuk menegakkan syiar agama. Tetapi yang paling utama ialah membina negara. Tambah ada lagi 38% warga negara berlainan agama dari kita.
13. Pemerintah yang dilantik perlu adil kepada semua. Kalau ada parti yang kerjanya mengadu domba. Semarakkan polemik antara kaum dan agama, kita wajib tolak tepi jua!
14. Gelombang yang wajar ada di Malaysia, sepatutnya bukan hanya hijau. Perlu juga seimbang dengan gelombang kuning, merah dan putih. Warna2 dalam bendera Malaysia…
Salam hormat, Liyana Marzuki
Comments