top of page

GOLDEN AGE OF MALAYSIA

1. Semalam saya bersiaran dan ditemuramah di laman Twitter dan Clubhouse. Majoriti pendengarnya menganggap Facebook ini app dinosaur. Hanya sesuai untuk mak ayah dan makcik pakcik mereka. Sesungguhnya saya rasa tua

2. Sepanjang saya berbual dengan mereka, saya sebenarnya rasa bangga. I can clearly witness, their passion and drive to save the country from corrupt leaders. They knew exactly what’s happening. Yang lagi menarik, they know CORRUPTION IS THE MOTHER OF ALL EVIL. Mereka taknak Malaysia jadi seperti Sri Lanka dan Venezuela.

3. Saya dilahirkan pada tahun 80-an. Dibesarkan pada tahun2 sebelum milenia baru. Hakikatnya, pada masa itu, Malaysia terkenal seantero dunia. Bukan seperti sekarang, kita “infamous” sebab skandal kewangan terbesar yang pernah ada. Juga kerana Malaysia punya Kerajaan Kleptokrat terteruk dalam sejarah dunia. Mahupun sebab Kerajaannya penuh dengan pemimpin yang suka rasuah dan salahguna kuasa.

4. Pada tahun 1990-an, Malaysia digelar Tiger of Asia. Kuasa ekonomi terbaik di Asia Tenggara selepas Singapura. Pada masa kini kita terbelakang jauh, Thailand dan Vietnam sudah mencantas. Indonesia pada bila2 masa boleh potong kita.

5. Perdana Menteri ketika itu dinobatkan pemimpin Islam paling progresif dan berani. Dia selamba tempelak Yahudi Israel di pentas dunia. Bukannya sekali, malah berkali2. Habislah geng2 ni gelar dia anti-Yahudi. 

6. Askar kita juga dihantar jadi hero selamatkan orang2 Bosnia. Dari kekejaman pembersihan etnik oleh warga Serbia. Sampai ke hari ni mereka tak lupa.

7. Masa itu juga, kita kalahkan British di tanah mereka sendiri. Bukan dengan keris atau pedang. Tetapi dengan otak dan strategi. Kita berjaya rampas balik syarikat perladangan kita yang mereka kuasai. Namanya Guthrie. Serang hendap subuh di bursa saham mereka. Buatkan mereka terduduk dan angkat topi.

7. Kita juga dikuatkan semangat dengan slogan “Malaysia Boleh”. Kita bina menara kembar tertinggi di dunia. Sampai sekarang jadi mercu tanda Malaysia. Kita tawan Gunung Everest, kita membelah samudera. Orang kita buat pelayaran solo seluruh dunia. Antara yang paling awal dalam rantau Asia.

8. Dari aspek sukan, team bola kita pernah menang pingat di Sukan Asia. Pernah juga dengan gah layak ke Olimpik. Masa tu kita boleh kalahkan gergasi Asia seperti Korea dan Japan. Tambah ada set2 seperti Mokhtar Dahari, Tauke Soh dan Santokh Singh.

9. Kita juga pernah adakan temasya sukan kedua terbesar di dunia. Sukan Komanwel yang kita anjurkan dinobatkan penganjuran terbaik abad sebelum ini. Seluruh negara yang sertai tabik spring jua. Masa itu semua rakyat, tak kira agama atau bangsa, cukup bangga jadi warga Malaysia.

10. Jadi apa formulanya kita berjaya? Paling utama, Kerajaan yang kita lantik, adalah mereka2 yang kompeten buat kerja. Mereka visibly clean di mata kata. Ketika itu, jarang kita dengar dan saksikan skandal rasuah atau salah guna kuasa. Indeks rasuah negara juga antara yang terbaik di rantau Asia.

11. Ibnu Khaldun, menulis 600 tahun dahulu. Dalam kitab anggungnya Muqaddimah. Rasuah dan salahguna kuasa yang meranap empayar. Bukan retorik bangsa. Bukan permusuhan agama. Sedar lah kita, rasuah itu cancer utama pembinaan bangsa dan negara. Terbukti dalam sejarah sekian lama.

12. Maka untuk Malaysia bangkit semula, kita kena buang anasir ini. Bermula dengan mencantas kepala pencetus nya. Yang buatkan negara ini dilihat sebagai pariah. Sekarang propagandanya menjurus untuk kita terima dia semula. Mungkin sedikit lama lagi dia boleh kembali berkuasa.

13. Satu saja, kalau betul lah beliau dia ditipu daya dan orang lain kenakan dia. Layakkah dia ni diangkat semula? Bayangkan dia mengaku dalam mahkamah yang dia tertipu. Sampai negara hilang berbilion. Dia mangsa scam besar2an.

14. Jadinya, perlukah kita angkat lagi mangsa scammer ini jadi pemimpin negara? Kalau dia tak cerdik dulu melawan tipu daya, macam mana pula nanti? Besar kemungkinan di scam lagi!

15. Makanya, ayuh bangkit kembali Malaysia. Kita boleh kembalikan Malaysia yang bermaruah dan berintegriti. Provided we know who is our real enemy…

Wallahu a’alam.

Salam hormat,

Liyana Marzuki




7 views

Recent Posts

See All

SANG MAHA KAYA

1. Kalau kita selalu bergelumang dalam dunia politik, kita akan tahu orang politik kebanyakannya kaya2 belaka. Yang muda2 pun, berkereta...

MOROCCO

Comments


bottom of page