top of page

HUNG PARLIAMENT

1. Dalam setiap pilihanraya, semua parti nak menang besar. Untuk mereka tubuh Kerajaan. Untuk mereka namakan Perdana Menteri dan untuk pemimpin mereka menjadi Menteri, masuk Kabinet.


2. Untuk menang pilihanraya, sifir nya mudah. Mana2 parti kena dapat simple majority. Apa maksud simple majority/ majoriti mudah? Bilamana suatu parti itu mendapat lebih daripada separuh kerusi Parlimen.


3. Memandangkan parlimen kita ada 222 kerusi, makanya “the magic number” yang parti kena dapatkan untuk menang ialah 112. Mana-mana parti yang menang 112 kerusi boleh tubuh Kerajaan. Sistem ini dipanggil “first past the post”.


4. Bagi PRU15, kita ada 5 parti gabungan besar: BN, PN, PH, GPS dan GRS. Mereka adalah parti major yang berpontensi membentuk kerajaan. Parti lain orang politik gelar parti nyamuk. Tapi jangan pandang rendah, mereka mungkin tak jadi King, tapi boleh jadi Kingmaker.


5. Apa jadi kalau tiada satu parti pun dapat the magic number, 112 kerusi itu. Keadaan itu kita panggil “HUNG PARLIAMENT”. Atau parlimen tergantung. Impaknya, SPR tak boleh umum mana-mana parti untuk tubuh Kerajaan. Untuk cukupkan nombor itu, mereka perlu cari gabungan.


6. Masa tu, berlaku horse trading dan rundingan. Tang tu, kadang parti nyamuk pun boleh demand. Parti major pula naik segan. Tak jadi PM la kalau tak layan.


7. Banyak pemerhati politik berpandangan, PH akan menang paling banyak kerusi. Tapi masih tak boleh tubuh Kerajaan. Dalam keadaan ini, parti2 yang kalah, akan rush untuk bergabung. Nak cukupkan nombor. Tak semestinya PH menang.


8. Pada saya ada kemungkinan, lepas PRU Kerajaan hanya salin kulit sahaja. BN, PAS dan GPS akan bergabung. Walau pun kerusi mereka bukan paling banyak. Mereka akan tetap nak tubuh Kerajaan. Makanya kita dapatlah Presiden UMNO sebagai PM, TPM dari Sarawak dan PAS. Back to square one.


9. Makanya, PH jangan cepat syok sendiri, seolah2 dah boleh tubuh Kerajaan. Kerja kuat sampai saat akhir, yakinkan rakyat. Mulalah baik2 dengan blok Borneo. Kena ingat mereka King Maker. Jangan la masa2 ni nak keluar mulut puaka.


10. Paling tak pun, cari ally yang lesser evil. Dalam BN, PN, GTA, Warisan. Jangan pulak pi layan Kluster Mahkamah. Itu mencari nahas dengan pengundi atas pagar. Sure tak berkat nak perintah negara. Next PRU, kami boleh jatuhkan pula.


11. Satu saja nak cakap, siapa saja yang naik memerintah, it will be the most scrutinised Government dalam sejarah Malaysia. Rakyat akan perhati betul2 kerja mereka. Takkan tolerate kalau salah. Kerana kami dah belajar. We can make you win, we can also be your biggest critics. Jangan pulak kami diSOSMA.


12. Saya selalu percaya, the power in people is always greater than the people in power. Come rain or shine, ribut dan taufan, mari kita keluar mengundi, tunjukkan kuasa kita.


13. Undi kita bukan untuk mereka2 nak menang dan berkuasa saja. Sesungguhnya, kita mengundi untuk negara dan anak bangsa. Kalau tak baik untuk negara, mereka itu kita boleh jatuhkan jua.


14. Dalam demokrasi, itu perkara biasa. Kita perlu sekat pemimpin yang gila kuasa tapi tak boleh buat kerja. Lantik yang lain pula.


Salam hormat, Liyana Marzuki



667 views

Recent Posts

See All

JAJARAN

MALAYSIA MEMILIH

1. Hari ini 19 November 2022, akan tersisip dalam sejarah negara. Hari rakyat Malaysia memilih Kerajaan mereka, selepas pelbagai isu dan...

Σχόλια


bottom of page