top of page

JAJARAN



Ramai yang text saya. Minta saya jadi mouthpiece untuk agenda mereka. Especially hari ni. Bila nak tubuh Kerajaan.


Saya selalu tekan kan. Platform ini non-partisan. Maka ini pandangan saya mengenai jajaran:


1. Kerajaan Pakatan Harapan


Pendirian saya konsisten, kalau PH nakkan BN untuk bentuk Kerajaan Persekutuan. Melalui Zahid Hamidi dan timbal baliknya untuk Zahid terlepas kes, saya takkan menyokong. Saya bukan politician. Matlamat tak menghalalkan cara.


Kalau Anwar Ibrahim nak tubuh Kerajaan, perlu dapatkan GPS, GRS dan Warisan. Itu dah cukup undi untuk tubuh Kerajaan majoriti.


Kalau itu tak dapat dibuat, maknanya bakal PM PH tidak dapat kepercayaan majoriti MP. Macam mana nak jadi Perdana Menteri? Kalau blok borneo tak sokong dia. Dia bukan PM hanya untuk Tanah Malaya.


Makanya, kalau ini tidak berjaya, perlu berlapang dada mungkin tiada rezeki kali ini. Cuba lain kali. Stay la sebagai Pembangkang.


Lainlah kalau Agong benarkan PH buat Kerajaan Minoriti. Itu cerita lain. Mungkin kerana ramainya line up Menteri kompeten di situ. Ini boleh dibuat. Lagi baik Kerajaan Perpaduan.


2. Kerajaan Perikatan Nasional


PN tidak boleh tubuh Kerajaan kecuali mendapat kepercayaan MP BN. Secara en blok. 30 undi. Ada polemik di situ semalam. Dengan Zahid Hamidi taknak PN, tapi ada MP BN nakkan Muhy. Jadi saya kupas di posting lain.


Isunya, PN ni nampaknya by hook and by crook nak berkuasa. Banyak wayang dibuat semalam. Guna GPS juga. Pening kita dibuatnya.


Namun nampaknya, PN dah hampir nak naik. Ada pelbagai scheme.


Satu yang saya kurang, kompetensi mereka memerintah. Cannot deny 18 bulan itu, Malaysia ke belakang. MCO paling lama dalam dunia, darurat untuk terus berkuasa. Perbelanjaan dibuat di luar Parlimen. Gaduh juga dengan Istana. Nothing impressive yang dibuat.


Kompetensi Menteri pun disoal. Rina Harun dan Peja. Azmin Ali juga. Belum cerita set2 Menteri PAS. Banyak tak lepas. Makanya, untuk ekonomi mencabar tahun depan, saya sesak dada pikirkan set2 ni nak naik memerintah.


Kena ingat, Kerajaan akan dilantik ini akan jadi Kerajaan yang paling diperhatikan dalam sejarah Malaysia. The most scrutinised Govt. TBH, saya tak yakin dengan mereka.


Abah pun, dengan statement racist yang dia buat, banyak dah potong. Terutama pengundi moderate dan atas pagar. Dia naik jadi PM pun hanya keluar Press Statement, media tak berani hadap.


Tapi tak boleh dinafikan, populariti dia di kalangan Melayu. Pandangan mereka, tak kompeten sangat takpe, janji muka2 set Abah dan pandai baca doa 😂😂😂


Dari segi tokoh Perdana Menteri, Anwar lagi solid. Tapi tak popular pulak. Apalah nasib Malaysia.


3. Barisan Nasional


Saya masih rasakan BN kena rehat sepenggal. Duduk lah jadi pembangkang kuatkan parti. Tak payah lah bagi sokongan siapa2 lagi. Kalau buat begini, orang akan tabik. Tak semestinya kena berjuang jadi Kerajaan saja. Pembangkang pun juga sama pentingnya.


Kalau join PN pun BN akan jadi lemah. PAS makin kuat jadinya. Kalau Hadi Awang jenis set nak Malaysia jadi Abu Dhabi dan Dubai takpe lagi. Ni dia lagi suka Afghanistan. So pada saya, saya taknak anak cucu cicit saya jadi Fundmentalist. Saya nak mereka jadi moderate Muslim. Konsep Wasatiyah (sederhana) itu saya sokong. Saya taknak anak saya jadi walaun.


Makanya, saya sarankan, worst case scenario, BN dan PH jadi pembangkang saja. Jangan gadai parti dan maruah kerana nak berkuasa. Kita sama2 scrutinise mereka yang nak sangat berkuasa ni.


Let allow democracy runs naturally.


Sebagai pengundi, kita masih ada lagi satu gate keeper. ISTANA.


Let him decide accordingly. Kita menunjung titah saja.


Apa saja terjadi, saya percaya this is the cost of democracy. Mungkin ini yang harus terjadi, to heal Malaysia. Kalau tak ini kali, ada lain kali lagi.


Wallahu a’alam.


Salam hormat,

Liyana Marzuki


149 views

Recent Posts

See All

MALAYSIA MEMILIH

1. Hari ini 19 November 2022, akan tersisip dalam sejarah negara. Hari rakyat Malaysia memilih Kerajaan mereka, selepas pelbagai isu dan...

Kommentare


bottom of page