top of page

KUASA DAN INTEGRITI

1. Masa saya kecil, saya dengar cerita Ustaz. Ustaz bagitau betapa pentingnya amanah dan Intergriti di kalangan pemimpin. Pemimpin tidak boleh buat harta Kerajaan seolah2 dia yang punya. Khalifah Umar Bin Abdul Aziz jadi contohnya.

2. Diceritakan Khalifah Umar ada dua jenis lilin di pejabat. Bila datang salah seorang Gabenornya di waktu malam, melaporkan urusan Kerajaan, dia pasang lilin milik negara. Bila sentuh bab persendirian dan keluarga, Khalifah Umar minta dinyalakan lilin miliknya. Itu ustaz cakap nilai tertinggi seorang penguasa. Amanah dalam tugas, menjaga harta negara.

3. Tetapi berapa ramai di kalangan pemimpin yang ada, kita yakin dengan amanah mereka? Dengan keadaan politik yang toksik, dikotori oleh pemain2 politik sehingga semuanya kelihatan lebih kurang sama.

4. Kerajaan BN memerintah 60 tahun, kita dengar isu rasuah berduyun2. Dari kes 1MDB ke projek Solar di Sarawak. Kes kroni2 dan taikun juga. Bukan saja pemimpinnya kaya raya. Termasuk anak bini dan keluarga. Siap masuk Pandora Paper.

5. Kerajaan PN memerintah 33 bulan, macam2 kita dengar pula, tersusun kes, dengarnya nak didakwa. Kes Digital Nasional Berhad yang dalamnya ada Ralph Marshall. Beliau ada kes rasuah di Indonesia dan India. Kenapa dinaikkan dia jadi CEO, orang angkat kening jua.

5A. Kontrak 5G ini diberi ketika darurat, apa ke pekdahnya masa tu? Spesifikasi dan sistem pula level negara Afrika, negara dunia ketiga, kenapalah dibuat begitu? Ada dakwaan ketirisan dan mark-up besar2an. Polis tengah adakan penyiasatan.

6. Kes vaksin Covid-19 pula, kita antara yang terlambat antara jiran tetangga. Dah la lambat, antara yang paling mahal pulak tu. Dolak dalih Kerajaan PN dulu nak naik kan budget vaksin. Dari RM3 bilion naik ke RM5 bilion melalui Budget darurat. Tetiba saja. Walhal KJ cakap lain sebelumnya. Menjadikan vaksin kita antara yang termahal di rantau Asia. Ini pun akan dikorek sama.

7. Sekarang cerita mengenai Projek Tebatan Banjir pula. Diluluskan kepada syarikat entah mana2. Ketika dibubarkan Parlimen. Boleh lulus tanpa tender, direct nego saja. Ini salah prosedur. Mana punca kuasa? Kenapa pula nak tergesa2? Sekarang dah jadi kes mahkamah, saman menyaman. Kita tengokkan ajer.

8. PN kata mereka nak ganti UMNO, jadi parti Melayu baru. Yang orang kita boleh dukung. Tapi melihat prestasi 33 bulan ini, kita pun dah mula geleng. Cara mereka berbelanja masa pilihanraya. Bukan set2 taik hidung masin. Bak kata MB Kedah. All out segala. Semua dibiaya.

9. Bukan saja calon, penyokong pun dapat sama. Maka, soalan yang harus ditanya, MANA DATANG DUITNYA? Adakah maksud nak ganti UMNO tu, mereka juga berperangai sama? Intergriti ke laut juga? Adakah slogan PNBest Bersih dan Stabil, hanya modal pilihanraya?

9. PH 22 bulan memerintah, kita tak dengar lagi kes rasuah sebegini. Mungkin tak sempat korek atau mereka pandai simpan. Wallahu alam. Yang dilaung Melayu dan Islam terancam. Tapi bila set2 lebai ni naik, ceritanya lebih kurang Malah cabutan judi dinaikkan pula. Mereka suka sangat sembang halal dan haram. Kifarah Allah bila berdekah2.

10. Cakap pasal berdekah2, PH second time naik, mereka pun dibalun. Sekongkol dengan hoi ya hoi “penyamun”. Angkat jadi TPM pula. Katanya selagi tak terbukti, ada apa hal. Kita pun pening melihatkan. Jangan la ada campur tangan. Ada pulak nanti Merpati dan isteri dilepaskan. Sembang sebelum berkuasa adakah tak lagi relevan?

11. Sekarang, pengundi yang mengundi dulu terpaksa telan saja. Intergriti dan penguasa, adakah seperti minyak dan air, tidak boleh dicampur? Ya, ada penyamun kecil, ada penyamun besar. Ada sembang berdekah2, bila dia naik susah dikota. Tapi adakah ini yang terpaksa kita terima. Sembang bersih dan integriti, retorik semata?

12. Post PRU14, all seemed blurred. Kita terpaksa pilih, NOT what we LIKE the most. But what we HATE the least. Ini kompromi pengundi. Harap Kerajaan baru tengok semua ini. Adakah kuasa takluki integriti?

Salam hormat, Liyana Marzuki

NB- Posting prelude wacana malam ni. Jam 8.30 mlm. Di platform Sinar Harian. Jemput tonton.



107 views

Recent Posts

See All

TUKAR

Betul ke nak tukar Kerajaan lagi, apa cerita sebenarnya?

Comments


bottom of page