top of page

LINE UP KABINET

Anak tengah nap. Sambil masak tadi saya terpikir, line up Kabinet penuh yang diumumkan semalam.

Ini pandangan awal saya:


1. 55 orang Menteri dan Timbalan Menteri. Harap tiada Duta Khas yang dilantik lepas ni. Jauh lebih kecil drpd 73 orang zaman PM8 dan PM9. Oklah PM10 kotakan janji bab ini. Nak saiz Kabinet lagi kecil.


2. Komposisi seimbang. Ada muka baru dan lama. Ada orang muda dan berusia. Ada wakil pelbagai wilayah. Ramai juga dari Sarawak dan Sabah. Wanita pun 22%. Menghampiri 30% sasaran SDG yang ditetapkan oleh United Nations. Berbanding hanya 14% wanita saja dalam Kerajaan sebelum ini.


3. Nama2 yang jadi Menteri dan Timb Menteri, tiada yang membuatkan kita ternganga bangga. Tiada wow factor. Pada saya, PM10 kena tactful pilih line up. Nak seimbangkan tuntutan semua parti dalam ”Kerajaan Perpaduan” yang YDPA nak.


4. Berlainan ketika Pak Jokowi umum line up dia. Ada CEO Gojek, seorang billionaire, sebagai Menteri Pendidikan. Dan Menteri Kewangan Dr Sri Mulyani, bekas Managing Director Bank Dunia. Itu buat bukan saja rakyat Indonesia, seluruh dunia ternganga jua. Beza Pak Jokowi, dia dapat mandat terus daripada Rakyat. PM10 kita kena harapkan Menteri2 dan parti yang ada untuk undi percaya.


5. Banyak portfolio penting, PM10 letak newbie Minister. Contoh: MOE dan KKMM. Menteri Muda yang setia pada dia. Pada saya, dia nak remote control juga 2 Kementerian ini. Mereka akan rujuk pada PM10 juga akhirnya. Can be a double edged sword. Boleh ke PM10 multi tasking banyak benda. Saya harap dia dikelilingi dengan advisor berkaliber.


6. Banyak portfolio risky yang terlepas ke BN/ UMNO, PM10 letak super strong Deputy di situ. Contoh: Menteri Undang2 dibantu oleh Ram Karpal. MITI oleh Chin Tong. Boleh check and balance Menteri mereka di situ. Kalau ke laut mereka boleh seimbangkan.


7. All in all, pada saya line up Kabinet ni bukan line up wish list PM10. Banyak yang dia compromise. Kita pun tak berapa teruja tengok line up yang ada. Tapi kena pasrah sahaja.


8. To be fair, kita bagi la 100 hari tengok macam mana. Mana baik kita sokong, mana salah kita bantah. Harap kalau tak perform, PM boleh rombak Kabinet bagi orang lain pula.


9. Nanti Januari saya akan bagi rating Menteri2 dan Timbalan mereka. Termasuk rating MP Pembangkang sama. Ada yang baik juga buat kerja membangkang. With substance and professional. Tapi ada jugak la yang ke laut.


10. Mungkin masih simpan angan2, dalam masa terdekat ni, nak jadi Kerajaan semula. Jangan la buat lagu tu. Menyusahkan rakyat dan negara saja. Tunggu la 5 tahun, bukannya lama.


Salam hormat, Liyana Marzuki



29 views

Recent Posts

See All

TUKAR

Betul ke nak tukar Kerajaan lagi, apa cerita sebenarnya?

Comments


bottom of page