top of page

LOMPAT PARTI DI SABAH

Polemik lompat parti di Sabah berterusan. Ada 2 isu yang berbangkit:

A. Seluruh 14 Ahli DUN dari Parti Bersatu Sabah (PBS) keluar dari parti Bersatu dan sertai GRS secara terus.


Ramai peguam berpandangan, memandangkan Sabah belum lagi kuatkuasakan Enakmen Anti Lompat Parti, maka tindakan mereka ini masih lagi dibolehkan di bawah undang2 negeri. Oleh yang demikian, mereka tak perlu mengosongkan kerusi atau diadakan Pilihanraya Kecil baru.


B. Tindakan 4 Ahli Parlimen PBS keluar parti dan sertai GRS secara terus.

Ini menjadi pertikaian banyak pihak, termasuk di kalangan peguam. Ada yang kata dibolehkan, ada yang kata mereka langgar peruntukan anti lompat parti dan perlu kosongkan kerusi malah perlu diadakan pilihanraya semula.


Ada yang minta pandangan saya. Ini yang saya dapat rumuskan:


1. Pindaan Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan memasukkan takrifan “parti politik”. Pada saya dan ramai yang membaca, takrifan itu tidak jelas, “vague”dan memerlukan intervensi Mahkamah.


2. Memandangkan peruntukan itu membawa kepada pelbagai versi pertikaian, selalunya Mahkamah akan merujuk kepada niat/ objektif pindaan. Ini boleh dilihat dalam Hansard Parlimen ketika Rang Undang2 itu dibentangkan.


3. Saya kemukakan Teks Bacaan Kali Kedua RUU tersebut untuk tatapan umum. Dalam perenggan 11 teks tersebut, jelas dinyatakan status seorang Ahli Parlimen adalah bergantung kepada keahlian parti yang beliau masuki, khusus bagi tujuan bertanding PRU15. Keanggotaan parti dalam gabungan tidak akan di ambil kira.


4. Ia juga menjelaskan SIMBOL parti dan gabungan tidak diambil kira dalam penetapan keahlian parti Ahli Parlimen. Yang diambil kira ialah keahlian Ahli Parliamen tersebut dalam suatu parti.

Dalam konteks PRU di negeri Sabah, banyak kekecelaruan yang menyebabkan pandangan undang2 mengenai isu ini bukan straightforward. Terutamanya polemik definisi “parti politik” 4 MP ini.

Antaranya yang perlu diperjelaskan atau ditanya:


i. Adakah 4 MP tersebut menjadi Ahli PPBM atau ahli Parti Bersatu Sabah? Sekiranya berdaftar sebagai Ahli PPBM, tindakan mereka keluar parti, pada dasarnya, boleh menyebabkan mereka perlu melepaskan kerusi. Dan PRK perlu diadakan. Sekiranya mereka mendaftar sebagai ahli PBS, makanya PPBM tiada kena mengena dalam ini gambar.


ii. Perlu juga diingatkan kerusi yang dimenangi oleh mereka tidak diambil kira dalam kiraan kerusi untuk PPBM/ Perikatan Nasional. Kerusi mereka masih kekal dalam gabungan GRS. GRS pula adalah parti sah yang telah berdaftar dengan ROS.


iii. Persoalannya adakah mereka ini juga Ahli yang mendaftar secara terus dengan GRS. Sekiranya begitu, bagi maksud PRU15, mereka bertanding atas keahlian Parti GRS sebagai parti asal, bukan parti PPBM. Makanya tindakan keluar PPBM tidak menjejaskan kerusi mereka sebagai MP di bawah tiket GRS.


iv. Ini perlu dibezakan dengan MP Beluran Ronald Kiandee yang bertanding atas tiket PPBM/ Perikatan Nasional. Beliau menang dan perkiraan kerusi beliau dimasukkan di bawah PN dan bukan GRS.


Mengambil kira fakta2 di atas, saya percaya pertikaian ini perlu mendapat pengesahan dan keputusan Mahkamah. Saya percaya PN telah pun mengadakan usaha2 bagi tujuan tersebut.


Kalau ditanyakan pada saya, saya inclined untuk menyatakan bahawa 4 MP tersebut adalah ahli parti GRS bagi maksud PRU15, dan tindakan keluar PPBM tidak boleh dikatakan lompat parti.


Makanya, pada hemat saya, PRK baru di Sabah tidak perlu diadakan. Kita boleh move on dari episod pilihanraya dan fokus untuk mentadbir dan membina semula Malaysia.


Salam hormat, Liyana Marzuki





24 views

Recent Posts

See All

TUKAR

Betul ke nak tukar Kerajaan lagi, apa cerita sebenarnya?

Comments


bottom of page