1. Hari ini 19 November 2022, akan tersisip dalam sejarah negara. Hari rakyat Malaysia memilih Kerajaan mereka, selepas pelbagai isu dan sengketa. Undi kita penentu masa depan negara. Pilihan ini akan menentukan sama ada Malaysia bergerak ke depan atau ke belakang. 5-10 tahun akan datang.
2. Semasa anda mengundi hari ini, renungkan dan ingatlah:
i. Parti yang memaksa #PRUBanjir diadakan. Kerana sesama mereka bersengketaan. Digunakan rakyat untuk sahkan siapa layak memerintah. Antara mereka yang bersengketa. Peliknya mereka ini satu kaum dan agama. Direct cakap: PAS-BERSATU-UMNO jua.
ii. Parti yang terang2an nyatakan lepas PRU, mereka nakkan AG sendiri, menilai kes2 ahli. Sudah banyak hint nak lepaskan Merpati, nescaya dengan isteri sekali. Yang masih tak tetap siapa naik jadi Perdana Menteri. Meratib untuk kestabilan negara, tapi ia parti yang paling tak stabil sekali. Boleh ke kita percayai?
iii. Parti yang menggunakan propaganda kaum dan agama, secara maksima hanya untuk berkuasa. Memecah belahkan kita rakyat biasa. Seolah2 kita ni bodoh belaka. Walhal, mereka naik jadi pemimpin langsung tak kompeten dan wibawa. Rosak negara dibuatnya.
Makanya, TOLAKLAH sepenuhnya mereka2 ini. Tak layak memimpin lagi.
Ada yang takut nak undi yang lain? Sedarlah Perlembagaan Malaysia cukup kuat untuk pastikan hak rakyat majoriti terjaga. Mustahil nak ditukar sistem Beraja, status Agama Islam dan hak bumiputera dalam Perlembagaan Malaysia. Ia semua perlukan persetujuan Majlis Raja2. Makanya Jangan la takut lagi.
Berpuluh tahun kita disajikan dengan momokan. Mereka buat orang lain sebagai boogeyman. Walhal, mereka menjajah minda kita, agar kerakusan mereka terlepas begitu saja. Kita perlu sedar dan tahu, tiada satu pun negara yang berjaya dalam dunia, sekiranya rasuah berleluasa. Lihatlah Sri Lanka, lingkup negara kerana korupnya pemimpin mereka.
Saya selalu katakan, loyalty to our country always! Loyalty to political leaders and parties, only when they deserve it.
Untuk PRU kali ini, lesser evil party pilihan saya ialah:
Pakatan Harapan bergabung dengan Bloc Borneo: GPS dan Warisan. Untuk bentuk Kerajaan.
Ini adalah kerana, parti2 ini punya paling ramai pemimpin dengan kualiti SAFT di dalamnya. Parti lokal Sabah dan Sarawak juga faham sentimen dan hak orang mereka. Tanpa perlu loyal to any political master. Saya juga nak kita berlaku adil kepada rakan senegara. Pulangkan hak mereka sewajarnya.
Makanya, kalau kita lantik gabungan ini, In Sya Allah kita akan dapat Kerajaan yang berwibawa. Untuk menerajui Malaysia.
PRU kali ini, they deserve your vote! Undilah mereka.
Selamat mengundi, rakan senegara. Niatkan kali ini untuk anak bangsa.
Kepada Tuhan kita berserah, doakan hari ini ada lembaran baru buat Malaysia…
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Comments