Ada seorang pentaksub Najib dia canggah posting saya mengenai JUAL ASET NEGARA. Awal2 katanya saya ni lawyer PH
Mungkin research dia tak habis la macam selalu. Kalau dia kaji betul2, saya pernah jadi pegawai undang2 DS Ismail Sabri dan TS Shahril Samad. Pemimpin BN tu. Tak pernah pula saya jadi lawyer PH.
PH pun saya tibai. Awal2 pun dah salah. Ater macam mana? Dia lainlah, bossnya maksum belaka Mamat ni seperti biasa, kerja dia ambil sekerat2 posting orang dan bagi data yang dimanipulasi untuk defend Boss kesayangan.
Dulu pasal LCS, dia salah fakta. Katanya PH hentikan kerja dengan keluar stop order. Padahal hakikatnya, subkontraktor yang buat begitu. Bukan mana2 Kerajaan. Dah kantoi orang tegur, dia krik2.
Kali ini, Alhamdullilah… Posting saya sebenarnya nak canggah propaganda yang hanya PH jual aset Khazanah. Posting dia pula mengiyakan, BN pun buat perangai sama. Jual Aset negara. Terima kasih lah tolong sahkan. Senang nak cakap. Paku dulang palu serpih, mengata orang dia yang lebih.
Apa yang dia nak cakap, walaupun Boss dia jual aset negara, tapi Lepas tu beli lagi banyak aset pula. Apa yang dia taknak cerita, beli aset2 baru tu berapa hutang yang dibuat?
Kalau setakat beli aset baru jadi hero. Senang lah jadi Kerajaan. Buat hutang banyak untuk beli aset. Yang tanggung anak cucu nanti. Kalau ini yang dibanggakan, jahanam negara. Jangan la bangga tambah aset tapi hutang keliling pinggang.
Ini saya sertakan, jawapan balas setiap perenggan posting dia tu.
Saya banyak juga kawan2 background akauntan, sekarang dah ramai C suites. Roommate saya la ni pun double major akauntan & ekonomi dari one of top Uni in Australia. Ex-investment banker juga.
Tapi tak pernah lagi la saya jumpa akauntan MANIPULATOR macam dia. Tu sebab boss nya sayang gamaknya. Betul orang cakap, kalau dah taksub, apah pun tak guna.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
*************************************************
*Since boss dia pernah guna analogi rumah sewa masa jawab soalan media tentang isu ni, saya guna analogi yang sama supaya dia mudah faham* https://youtu.be/DxN4ASfhQsU
1. Betul Khazanah jual aset pada zaman Najib. Lebih tepat, 80 aset bernilai RM45.3 bilion dijual antara tahun 2009 - 2017. Tetapi apa yang tidak diberitahu adalah, jumlah pelaburan baru Khazanah yang dibuat dalam tempoh tersebut adalah RM54.3 bilion - lebih RM9 bilion daripada nilai aset yang dijual
*Beli(labur) lagi banyak aset dari jual tak bermakna lebih baik. Contoh, jual 10 rumah sewa, kemudian buat hutang & beli lagi 15 rumah sewa. Kalau daripada 15 tu 10 rumah je laku, tak ke rugi. Tak kira lagi hutang dan lain-lain kos*
2. Sepanjang 8 tahun perkhidmatan DS Najib Razak, hanya ada 2 tahun dimana nilai jualan aset Khazanah (divestment) melebihi jumlah pelaburan - tahun 2011 dan 2017
*Setiap jualan dan pembelian mesti berpaksikan pulangan. Tiada masalah jual atau beli kalau itu yang bagi pulangan yang lebih baik. Boleh jadi tahun tu tidak banyak peluang pelaburan baharu yang menguntungkan sebabtu pentadbiran Najib kurang pelaburan baharu.*
3. Selepas persaraan PM ke 4, keuntungan terkumpul Khazanah sebelum cukai adalah RM27.977 bilion. Satu-satunya tahun Khazanah mencatat kerugian adalah pada 2005.
*Analogi rumah sewa tadi, seolah-olah saya sekadar maklumkan sepanjang saya buat bizness rumah sewa, untung saya 27 juta ringgit. Tak bagitahu pun yang sepatutnya saya boleh dpt 30 juta kalau saya berjaya sewakan lagi 5 rumah tu. & saya tak bagitahu pun yang hutang 5 rumah sewa tu saya terpaksa bayar guna untung 10 rumah sewa yg lain.*
4. Pada 2018, Khazanah rugi kali pertama dalam tempoh 13 tahun. Kali ini sebanyak RM6.27 bilion. Walaupun rugi, kerajaan PH tetap mengambil RM1.5 bilion sebagai dividen
*Berkenaan kerugian yang tinggi ini, Yb azmin dah dedahkan di parlimen. Ada kerugian semasa BN yang tidak direkodkan maka masa PH dah diperbetulkan(Impairment/rosot nilai). Berkenaan dividen yang tetap diberi, adalah seperti jawapan YB Azmin. Tak puas hati dgn jawapan dia boleh debat & balas hujah dia.*
https://youtu.be/BcA5ScOBsvk
5. Antara 2004 hingga 2017, Khazanah telah membuat 175 pelaburan bernilai RM87.9 bilion. Dalam tempoh yang sama, jumlah pegangan aset yang dilupus adalah 102 dengan nilai jualan RM59.2 bilion.
*Sama macam no 1, point no 5 ni sekadar pemberitahuan. Walaupun pelaburan baru lagi banyak, tak bermakna lagi baik. Macam contoh no 1, silap-silap pelaburan baharu tambah hutang yang lebih membebankan*
6. Khazanah pada zaman PH telah menjual RM18.8 bilion aset dalam tempoh 14 bulan pertama. Tiada rekod pelaburan semula Khazanah pada zaman PH yang dijawab oleh kerajaan di parlimen setakat September 2019.
*So what? Kalau masa tu tiada prospek pelaburan yang menguntungkan, kenapa nak labur? Najib pun ada 2 tahun kurang melabur seperti yang dia sendiri nyatakan. & PH memerintah 22 bulan je. Pak Lah pun 5 tahun tak sampai satu billion tambah pelaburan baru.*
7. Pada zaman Pak Lah, nilai aset Khazanah pada 2004 adalah RM33.3 bilion. Pada awal 2009, nilainya meningkat sedikit kepada RM33.7 bilion.
*Tak faham apa yang cuba implicate pada Pak Lah. Nak bagitau yang Pak Lah tak pandai melabur? Kalau betul nak banding dengan pak lah, bagi data hutang berbanding pulangan semasa zaman Pak Lah, than compare dengan zaman Najib. Tunjukkan dividen/profit tahunan semasa Paklah vs Najib. Baru ada benda boleh kita debate. Ni bagitau gitu je. Nak cakap ape sebenarnye?*
8. Pada zaman DSN, nilai aset Khazanah pada 2017 adalah RM115.6 bilion - meningkat RM81.9 bilion dalam tempoh 9 tahun. Kenaikan 343%. Temasek Holding (syarikat pelaburan utama kerajaan Singapura) hanya naik 66% dalam tempoh sama.
*Again, tiada makna bagitau nilai aset semata tanpa bagitahu nilai hutang dan pulangan. Sambung analogi td, member ada 5 rumah sewa, tapi disebabkan rumah sewa dia dapat sambutan, pulangan sewa dia lagi tinggi dari saya. Dahlah hutang dia sikit. Agak2 saya bangga tak dengan portfolio saya 15 rumah sewa, tapi 5 xde org sewa, dan hutang bertimbun. FYI, nilai aset Temasek tahun ni 403billion dollar Singapore ataupun RM1.3Trillion. Lebih 10 kali ganda nilai zaman Najib. Tapi saya tidaklah melulu claim Temasek lagi bagus hanya berdasarkan maklumat ini*
https://www.theedgesingapore.com/.../temasek-portfolio...
9. Walaubagaimanapun selepas pertukaran kerajaan, nilai Khazanah telah jatuh kepada RM91 bilion - merosot hampir RM25 bilion dalam tempoh satu tahun.
*Jawapan Azmin dah bagi dalam parlimen. Ada nilai aset yang telah dirosot nilai. Ada kerugian yang tidak direkodkan zaman BN. Kalau dakwaan Azmin ni palsu, boleh saman or salahkan dia. Sepatutnya kita gembira la bila didedahkan ada kesilapan. Boleh kita perbetulkan. Kalau ya pun nak backup Najib, bagi hujah aset mana yang disalah rosot nilai oleh Azmin.*
Zaman BN, kita jual aset untuk beli aset yang lebih baik. Zaman PH, kita jual aset tapi tak tahu beli apa.
*Zaman PH pun kalau ikut kenyataan Azmin, selain untuk bayar hutang, juga utk beli aset yang lebih baik, tapi kalau tak sampai 2 tahun dah jatuh, logik je tak sempat nak labur. Pak Lah tadi pun, 5 tahun kot baru tambah 0.5 billion. Itu pun means nothing kalau pulangan tak setimpal dengan hutang yg dibuat. Saya petik kata2 Managing Director Khazanah yang baru dalam wawancara TheEdge "Responsible borrowing".*
https://www.theedgemarkets.com/.../cover-story-seizing..
Kemudian nak kata kerajaan pada dua zaman ini adalah sama?
*Please, yang saya kata sama tu berkenaan transaksi jual beli sahaja. Dua-dua kerajaan memang jual, & memang beli aset. It's normal. & it is not a crime. Fitnah yang dijaja seolah-olah PH sahaja yang jual aset negara & it is a crime. Alhamdulillah u pun tak setuju dengan fitnah ni. Lagipun memang itu core business Khazanah, jual beli aset untuk keuntungan. Tapi kalau nak debat kualiti penjualan dan pembelian, kene bagi maklumat lebih la. Baru boleh nak bahas hujah. Kalau mcm ni, saya pun tak boleh nak balas hujah, sekadar penyataan umum dengan persepsi yang dimanipulasikan sahaja.*A
Kommentare