top of page

MAT KILAU

Terima kasih kepada penganjur kerana menjemput saya tonton cerita legend masa kini. “Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan” di Alamanda Putrajaya semalam. Truth be told, air mata mengalir dari mula hingga habis.

Sebagai generasi ke-7 Almarhum Dato Sagor, antara pahlawan Melayu pertama yang dihukum bunuh oleh British, filem ini sangat dekat di hati.

Ramai yang mintak beri review. Tapi saya bukanlah seorang pengkritik filem, saya hanyalah pengkritik Najib.

Makanya saya tak mampu nak bagi komen mengenai jalan cerita filem dan kualiti lakonan hero2 yang ada.

Namun saya boleh kongsikan take away yang saya dapat dari filem ini:

1. Melayu kalau dipijak2 maruah dan harga diri, suatu hari pasti dia akan sedar dan melawan.

2. Walaupun dikenali sebagai suatu bangsa yang selalu merendah diri, namun mereka berjiwa besar melawan kebatilan dan kemungkaran.

Perlulah kita sedar.

Hari ni tanah Rizab Melayu hanya tinggal 12% walaupun baru 60 tahun kita merdeka. Ekuiti orang Melayu dalam korporat juga makin menurun, jauh beza dari 20 tahun dulu. Melayu juga masih golongan termiskin di negara sendiri.

Tak perlu melihat jauh untuk kenali siapa yang menjajah minda dan mengkhianat bangsanya.

Maka bangkitlah… Ada “Mat Kilau” dalam setiap kita!

Salam hormat,

Liyana Marzuki



4 views

Recent Posts

See All

SANG MAHA KAYA

1. Kalau kita selalu bergelumang dalam dunia politik, kita akan tahu orang politik kebanyakannya kaya2 belaka. Yang muda2 pun, berkereta...

MOROCCO

Comments


bottom of page