top of page

MEMANGKAH

1. Sepanjang seminggu ini, FB saya ramai orang berkunjung. Ramai nak tahu isu yang saya bangkitkan mengenai kredibiliti calon.


2. Saya dedahkan beberapa keraguan mengenai CV mereka. Status pendidikan, status universiti dan status badan profesional. Saya dedahkan tak kira parti. Ada je biawak hidup yang menyusahkan parti mereka. Benda ni ada di mana2.


3. Sambil itu, kita tengok bagaimana mereka ini menyantuni pengundi. Ada yang report polis, ada yang hantar cytro menyerang dan ada yang elegant silent saja. Kita juga tengok reaksi penyokong taksub parti masing2, masa saya hentam lawan mereka memuji. Bila kena tang mereka, mereka mengkeji.


4. Apa kita belajar dalam ini gambar?


I. Pemilihan calon politik pilihanraya bukan seperti sistem memilih pekerja. Tapisan kureng sekali. Parti politik banyak pentingkan, siapa boleh menang dan menguntungkan parti. Tambah mentaliti pengundi, yang pangkah menonong ikut parti: makanya set2 scammer, penyangak, perompak pun boleh diangkat jadi Menteri.


II. Rakyat marhein seperti saya dan anda layak bersuara. Kalau kita tak puas hati dengan mereka. Sama macam kita nak pilih pekerja. Kontrak 5 tahun lamanya. Kita nak la tengok CV, betul ke apa yang ditulis dalamnya. Kena ingat, kalau pekerja, dia salah kita boleh pecat. Waibee ni, dah kita pangkah that’s it la. Mereput la mereka di atas, kalau taknak buat kerja. Habis 5 tahun dapat pencen pula. Kita tak boleh buat apa. Makanya, sebelum nak memilih, tapisan kita buat strict banyak, tidak mengapa. Itu hak kita.


4. Saya juga nak tunjukkan kita boleh semak sebenarnya. Bakal YB kita. Ada website tertentu yang kita boleh kunjung.


Untuk semak Datoship, website Istiadat:


Untuk semak doktor bertauliah, website MMC:


Untuk semak PHD, website MOHE:


Untuk semak Pendidikan calon, boleh email ke universiti. (Ini saya harap Malaysia buat macam Indonesia, ada database graduan. Harap dapat perhatian Menteri Pendidikan).


5. Selepas pendedahan tu, saya dapat berpuluh permintaan mintak saya checkkan satu2 calon mereka. Sesungguhnya tuan puan, saya Lone Ranger. Saya tak mampu nak buat semua.


6. Posting2 saya sebelum ini bukan tujuan membuka aib atau menghentam semborono. Tujuan saya ialah membuka mata pengundi Malaysia, it’s ok to question our prospective leaders. Kita boleh SCRUT mereka.


7. Makanya, kalau kita lakukan bersama, Malaysia akan lebih matang dalam demokarsi. Pengundi kita akan bijak memilih pemimpin. Pemimpin yang naik juga berkualiti.


8. Pada pengundi kali pertama, ini tips saya:

I. Cari CV/ Latar belakang Calon anda


II. Google isu/ skandal mengenai mereka. Baca semua yang boleh dibaca dengan minda terbuka. Jangan semua dok telan saja. Kena ingat dalam politik mainannya fitnah. Trust your instinct nak menilai mana satu fakta.


III. Aplikasi konsep SAFT, untuk checklist kualiti pemimpin.


IV. Pilih parti dan calon yang lesser evil, kepada negara ya. Bukan hanya untuk satu bangsa dan agama. Atau untuk menangkan parti mereka. Pilih yang sesuai diangkat jadi Yang Berhormat, pada masa yang sama dia berupaya menjadi Yang Berkhidmat, maknanya boleh buat kerja.


9. Kalau tuan/ puan/ adik2 google tak jumpa apa, atau langsung tak tahu siapa dia, jangan la dipangkah. Kalau dia tak berusaha nak kenalkan diri dan promosi sampai saat akhir, kita tong sampahkan saja.


10. Adakah kita akan silap memilih, mana tahu mereka ni hanya baik di surface saja. Yes risikonya ada. Tapi itu mudarat kecil dari benarkan scammer, penyangak, perompak dan gengster memerintah kita. Kerana kita tak ambil tahu nak tapis mereka.


11. Kena selalu ingat, UNDI kita untuk negara. Kita bukan PANGKAH parti politik menang pilihanraya. PRU15 ni bukan Piala Dunia. Jangan kita nak menang sorak, negara tergadai.


Harap pengundi Malaysia tidak senang terbuai!


Salam hormat, Liyana Marzuki



78 views

Recent Posts

See All

JAJARAN

MALAYSIA MEMILIH

1. Hari ini 19 November 2022, akan tersisip dalam sejarah negara. Hari rakyat Malaysia memilih Kerajaan mereka, selepas pelbagai isu dan...

Comentários


bottom of page