top of page

MUQADDIMAH

1. Semalam lengkap sudah acara angkat sumpah PM9. Ramai yang kecewa, ramai juga yang raikan. Kecewa kerana tiada kupasan daripada Agong mengenai lantikan PM baru. Pengumuman Istana seperti hambar. Tak sentuh langsung mengenai petukaran Kerajaan. Takde pulak nak sound politisyen berebut kuasa. Lain dari ketika, Kerajaan Perak bertukar Kerajaan Negeri. Sultan Raja Nazrin siap sound sedepek, “2 kali tukar Kerajaan cerminkan kegagalan pimpinan politik”. Direct to the point kepada semua pemimpin.


2. Saya dah jangka, kalau Istana tak keluar teguran, Sultan Nazrin sebagai Timbalan YDPA akan bagi kenyataan. Selalunya titah dan teguran Baginda diberi dalam Khutbah Jumaat Negeri Perak. Tapi kali ini diselitkan isu polemik politik negara dalam titah Konvokesyen secara maya Universiti Sultan Azlan Shah. Message nya simple. Suruh kita rujuk Ibn Al Khaldun dalam buku “Muqaddimah: Mula dan berakhirnya sebuah empayar/ negara”. Sebab level Sultan Nazrin level mantik Oxford dan Harvard, saya cuba decipher atau jelaskan dalam bahasa rakyat biasa macam kita.


3. Siapa Ibn Khaldun? Nama saja Arab tuan puan. Tapi bukan lahir di Arab ya. Dia lahir di Tunisia, di utara Afrika. Keluarganya berhijrah ke Andalusia. Mereka ini pegang jawatan tinggi dalam Kerajaan. Namun kena pulang ke Tunisia selepas kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol. Memandangkan keluarganya level T20, Ibn Khaldun dapat belajar di sekolah terkemuka. Mula-mula dia bekerja sebagai penjawat awam. Sampailah dia jadi ilmuwan dan pensyarah Islam terkenal di Kaherah. Disini dia tulis pelbagai teori terkenal. Sampai diangkat jadi Ketua Hakim Negara.


4. Kenapa dia famous dan dirujuk? Bukan saja dunia Islam tapi juga dunia Barat. Pertama kali dia jadi famous dan meletup ketika Presiden Amerika, Ronald Reagan rujuk teori ekonomi Ibn Khaldun dalam polisi ekonomi Reaganomic. Ada yang kata dialah yang mulakan teori ekonomi supply and demand, 400 tahun sebelum Adam Smith. Bila Presiden Amerika ini quote Ibn Khaldun dalam ucapan beliau, tergamam satu Amerika. Sebab first time dengar. Sejarahwan namakan buku beliau “Muqadimmah” buku terulung dalam sejarah untuk belajar peradaban dunia. Sampai namakan Ibn Khaldun Social Scientist pertama.


5. Teori Ibn Khaldun simple sebenarnya. Dia percaya mana-mana negara/ empayar macam manusia. Mula-mula lahir, membesar dari remaja ke dewasa dan last-last akan mati. Jatuh dan bangun negara/ empayar adalah satu pusingan yang berulang-ulang. Aturannya ada 5 peringkat:


(1) “assabiyah” /penyatuan;

(2) “kepimpinan berpusat”- oleh pemimpin masyarakat

(3) “leka” kerana kejayaan- hilang nilai;

(4) “status quo”- hilang motivasi

(5) “hilang penyatuan dan negara musnah”,


6. Peringkat pertama “ASSABIYAH”. Kata dasarnya “Assab” maknanya “untuk mengikat”/ “To bind”. Ini motivasi bermulanya satu negara/ empayar. Selalunya bila ada ancaman luar. Penduduk negara akan bersatu padu nak melawan penjajah. Satu hati, satu jiwa hingga mereka berjaya. Selepas berjaya, lahirlah sebuah negara. Rakyat bebas merdeka.


7. Masuk peringat kedua ialah “personalized leadership”. Rakyat memilih pemimpin dan pemerintah, letak kepercayaan pada mereka memimpin negara. Sampai la ke peringkat ketiga. “Leka” ini pada beliau bila mana penduduk negara bila dah merdeka, dah mula ada sikap indivualistik. Sukakan kebendaan dan kemewahan. Mula la nak lawan2 antara mereka. Competitive tak bertempat. Mereka letak nilai diri pada harta yang ada. Duit jadi nombor satu di mata mereka.


8. Makanya, sebab unsur nak kan kemewahan melampau ini, masuk la peringkat keempat. Bila penduduk empayar/ negara suka benda mewah tanpa ukur baju di badan sendiri, makanya akan mula hilang nilai dan motivasi. Sebab perlu menunjuk-nunjuk, semua dah tak kira. Rasuah dan salahguna kuasa berluasa. Sebab kaya itu segalanya. Dia juga kata, masa tu politik dan pemimpin yang akan mula pecah belah kan masyarakat. Sebab pemimpin hanya nakkan kuasa dan harta. Motivasi bina negara itu mula kurang daripada nenek moyang. Makanya, masuklah peringkat kelima: negara mula musnah dan empayar akan hilang.


9. Dia juga kata jatuh dan bangun satu empayar atau negara bukan sebab faktor luar. Sendiri bikin jua. Dia rujuk empayar Islam Sepanyol pada kurun ke-13. 6 kurun lamanya empayar ini segar bugar. Ekonomi maju, ilmuwan bersepah. Sampai jadi rujukan semua di dunia. Dari ilmu perubatan, matematik dan falsafah. Ada scholar cakap Eropah takkan maju seperti sekarang tanpa taklukan ke atas Andalusia. Library Cordoba dikatakan “a wonder of the world”. Beri mereka segala jenis ilmu yang dipelopori oleh ilmuwan Muslim, yang boleh ditiru untuk bawa pulang ke negara mereka.


10. Masa itu juga, kesatuan agama dan bangsa dalam Empayar Islam Sepanyol sangat kuat. Antara masyarakat hargai perbezaaan. Ada Kristian, Yahudi dan Islam. Saling memahami, saling bertoleransi untuk bangunkan empayar. Mereka maju dan terkenal seantero dunia. Sampai lah satu tahap, zaman Sultan Muhammad XII of Granada, empayar ini mula merundum. Bila mana harta jadi dambaan. Rasuah dan salah guna kuasa yang merosakkan negara. Ramai yang tak tahu empayar Andalusia punah tanpa peperangan. Sultan Muhammad XII hanya serahkan kunci empayar kepada pemimpin tempatan dan cium tangan bakal Raja dan Permaisuri Sepanyol. Pemerintah Islam naik kuda dan keluar begitu sahaja..


11. Itulah teori dalam Muqaddimah yang Ibn Khaldun bawa. Jatuh bangunnya sebuah empayar. Selepas teori dia ni meletup di barat pada awal tahun 60-an, ada la banyak scholar test power teori ni. Salah satunya sejarahwan terkenal Arnold Toynbee. Dalam bukunya “Study of History” dia ceritakan dia test power teori ni dengan 26 peradaban/ empayar/ negara. Eerily and strikingly sama semuanya. Peringkat bangun dan jatuh sebuah negara/ empayar serupa saja patern nya. Sejibik macam yang Ibn Khaldun cakap dalam buku Muqaddimah.


12. Untuk zaman moden pula, ada scholar lain, Giovanni Arrighi gunakan teori Ibn Khaldun ini untuk buat perbandingan. Dia buat telahan, Amerika akan jatuh dan China akan bangkit sebagai kuasa baru dunia. Sekarang kita dah boleh nampak ada benarnya. Ada yang kata, zaman Presiden Trump dah mula tunjukkan peradaban Amerika dah mula tenggelam. Bila dollar dan sen yang dikira, salah guna kuasa berluasa. Isu agama dan bangsa pula jadi centre stage. Kalau kita kaji sendiri, macam memang benar belaka. Apa yang Arrighi kata.


13. Baru ni kita tengok Afghanistan, selepas 20 tahun jatuh di tangan Taliban. Negara ni lagi kesian. Ia digelar Kubur Segala Empayar (Graveyard of Empires). Sejarah menunjukkan tiada satu empayar pun boleh kekal lama di sana. Rakyatnya pula sentiasa merana. Apa salahnya? Simple, refer balik kepada teori Ibn Khaldun tadi. Lepas Afghanistan dilepaskan dari Taliban 20 tahun dulu, Amerika belanja hampir USD80 billion untuk bina negara. Mereka bagi rakyat pilih pemimpin dan bangunkan askar sendiri. Pada tahun ini sebelum Taliban masuk, negara ini merekodkan ada 300 ribu askar yang dibayar Kerajaan.


14. Namun, yang betul-betul jadi askar pertahan negara hanya 90 ribu orang. Yang lain hanya ghost soldier. Maknanya, guna IC collect gaji tapi orang nya tiada. Masa Taliban masuk minggu lepas, askar sendiri cabut uniform dan cabut lari. Presidennya dikatakan lari ke UAE dengan bawa cash beratus juta. Menyorok di sana. Belum sempat rakyatnya bahagia ada kebebasan bernegara, jatuh pula di tangan Taliban. Angkara pemimpin durjana dan salah guna kuasa.


15. Apa kaitan Ibn Khaldun punya teori dengan Malaysia? Tu la level mantik yang Sultan Nazrin nak kita paham. Kita tengok cycle teori Ibn Khaldun ni berulang-ulang di negara kita. Dari mula nak merdeka, “assabiyah” atau penyatuan itu kuat. Yang pergi rombongan ke London mintak kemerdekaan bukan sahaja Tunku Abdul Rahman. Turut dianggotai yang bukan Melayu iaitu Kolonel H.S Lee dan Tuan H.S Tan. Di samping yang tak masuk rombongan, Tun VT Sambhatan dan Tun Tan Cheng Lock. Mereka bantu Tunku menyatu padukan negara pelbagai kaum.


16. Then come 13th May 1969, Malaysia punya titik hitam. Sengketa kaum yang dasyat. Sensitif untuk diungkit tapi kita boleh belajar. Jangan ada yang racist pula komen kaum mana bersalah. Saya akan nyahkumankan dari wall ini. Itu bukan pokok pangkalnya di sini. Ibn Khaldun kata lepas suatu negara merdeka, mereka akan “leka” dengan dunia. Akan ada sikap indivualistik nak kan kemewahan. Dan lepas itu politik akan jadi centre stage. Politik akan pecah belahkan masyarakat sampailah berpuak-puak. Yang penting, kita boleh confirmkan teori Ibn Khaldun itu betul. 1969, gap ekonomi antara kaum sangat luas. Itu yang trigger pecah belah. Habislah punah kesatuan masa merdeka.


17. Namun zaman 90-an kita bangkit semula, Malaysia digelar the “Tiger of Asia”. Masa tu dalam TV pun kita boleh tengok antara kaum bercampur. Pi Mai Pi Mai Tang tu, ada India dan juga Cina. Ada moto “bersih, cekap, amanah”. Masa tu Tun dan Anwar pun masih geng buddy-buddy. Melayu pun tak pecah belah.


18. Seterusnya, kita dah mula nampak negara mula goyang. Dari zaman Pak lah sampai la you know who. PM ini jadikan moto politiknya “Cash is King”. Katanya bagi cash pada Rakyat, itu cara politik baru. Makanya, sebab perlukan duit banyak, kes 1MDB meletup. Jho Lo yang syok berjoli, hutang negara pula lubang digali . Bilamana harta dan kuasa jadi centre stage, apa peringkat seterusnya yang Ibn Khaldun cakap? Peringkat ke 4: Politik gila kuasa akan mula pecah belahkan masyarakat. Makanya kena resort la kepada politik divisive, guna kaum dan agama sebagai centre stage. Takut sebenarnya, bila kita kaji teori Ibn Khaldun ni benar belaka. Kena pula atas batang hidung sendiri, di Malaysia.


19. Materialistik dan cinta kebendaan ini buat masa ni dah macam jadi normal dalam masyarakat kita. Makan babi dan minum arak jijik didengar, pantang nenek moyang kita. Tapi rasuah macam takde makna. Semua macam rilex saja, sampai malas nak dengar dah. Kalau di China hukumnya kena tembak mati. Di Malaysia yang dijatuh hukum rasuah dan salah guna kuasa pun digelar Bossku. Ramai yang kenot brain kenapa lagu tu.


20. Apa yang kita belajar, pertamanya, kemewahan tanpa had itu merosakkan masyarakat. Tolak la “Cash is King” itu ajar anak2 kita, nilai dia bukan atas harta yang mak bapak dia ada. Tapi amanah dan prinsip yang dia pegang. Ajar dia pandang tinggi orang bukan sebab dia ada rumah mewah, kereta berderet atau bini 2-3. Tapi kerana dia amanah menjaga keluarga dan buat mereka bahagia. Bukan kerana wang semata-mata. Itu dulu Ustazah saya cakap, nak jadi pimpinan kena ada sifat “zuhud” bersederhana. Tapi pemimpin Islam kita, dapat duit Kerajaan Pusat, beli Mercedes pula.


21. Keduanya, tengok balik aturan Ibn Khaldun tadi, jatuh dan bangun sebuah empayar tadi. Kalau nak bangun kembali negara ini, kena mula balik pada asal, kena ada assabiyah (penyatuan). Bukan penyatuan satu kaum dan satu agama sahaja. Tapi penyatuan bangsa Malaysia. Kita bagi contoh Korea, masa Krisis ekonomi Asia 1997, dia lagi teruk dari Malaysia, sampai kena meminjam IMF. Namun lepas tu, rakyat yang cinta negara berkorban harta, buat slogan “Pali, Pali” (means hurry, hurry) bersatu bangunkan negara. Indeks rasuah Korea berpuluh ganda lagi baik dari Malaysia. Itu sebabnya dari negara yang teruk terjejas pada tahun 1997, sekarang dia pula jadi antara Tigers of Asia. Sampai potong kita. Itu yang kita kena hadam dan belajar.


22. Ketiganya, kita kena tolak politik yang memecah belah, tolak tepi sentimen kaum dan agama. Sebab kalau ini berlaku, macam teori Ibn Khaldun, negara akan merudum. Tanya balik perlukah masa negara susah ini sebuah “Kerajaan Melayu Islam” bilamana yang susahnya bukan Melayu saja, tapi juga bangsa lain? Tak boleh kah kita tolak perbezaan agama dan bangsa dan fokus pada pandemik dan bina negara pula? Bukan hanya spesifik pada satu bangsa dan satu agama?


23. Semalam PM baru kita baru angkat sumpah. Buka lembaran baru untuk negara. Sama dengan tajuk Muqaddimah, “means the beginning”. Makanya, kita tak mintak banyak. Hanya dua. Satu, tolak rasuah dan salah guna kuasa yang ada (kalau bahasa marhein di bawah: “Tolong la jangan kawtim dengan Klepto!”). Dan keduanya, semarakkan perpaduan sesama Rakyat. Dengan kata lain UNITY. Ini kena bermula dengan pemimpin. Pemimpin yang kena bentuk UNITY (*wink*wink*). Dengan UNITY saja kita akan bangkit semua. Bukan retorik bangsa, bukan retorik agama.


24. History is the best teacher. Ibn Khaldun has shown us ada 5 peringkat jatuh dan bangun sebuah negara. Semuanya terpakai pada kita. Sultan Nazrin pula dah buka jalan luas untuk pemimpin negara dengan titah Baginda. Kepada PM baru kita pasrah dan berserah. Mengharapkan satu sinar baru buat Malaysia…


Wallahu a’lam…


Salam hormat,

Liyana Marzuki



19 views

Recent Posts

See All

SANG MAHA KAYA

1. Kalau kita selalu bergelumang dalam dunia politik, kita akan tahu orang politik kebanyakannya kaya2 belaka. Yang muda2 pun, berkereta...

MOROCCO

Comments


bottom of page