top of page

NON-PARTISAN

Mereka yang ikuti penulisan saya sejak 4 tahun dulu, dah biasa dengar saya sebut mengenai non-partisan.


Saya selalu promosikan, pengundi ni seharusnya jangan taksub parti, jangan taksub pemimpin. Kita sokong mana baik, bantah mana salah.


Saya selalu tekankan, peranan kita ialah sebagai pengadil bukan penyokong taksub. Kita undi untuk negara bukan untuk parti tertentu.


5 tahun kita kumpul merit dan demerit mereka. Nak dekat pilihanraya kita tentukan the lesser evil pada negara.


Untuk PRU 15, strategi saya:


1. ABU- anything but UMNO/ Asal Bukan UMNO 2. SAFT- pilih pemimpin yang ada kualiti siddiq, amanah, fathonah, tabligh 3. Lesser evil- pilih parti yang mudarat kecil.


Pada awal musim PRU, saya telah letakkan posting bertajuk “MUDARAT” menjelaskan startegi ini. Pada hari terakhir sebelum mengundi, saya telah up juga posting “MALAYSIA MEMILIH” untuk bagitau parti lesser evil pilihan saya: PH, GPS dan Warisan. Rasionalnya: mereka parti paling kompeten untuk memimpin negara.


Bagi yang mengikuti saya sejak sekian lama juga, tahu yang saya sangat pro Kerajaan Perpaduan/ Unity. Itu pada saya, the only way kita boleh kurangkan suhu politik. Agar semua pemimpin fokus nak betulkan negara.


Alhamdullilah wish list saya untuk Kerajaan Perpaduan tercapai dengan titah Agong. Dan syukur juga, parti lesser evil pilihan saya dan majoriti Rakyat Malaysia sudah boleh tubuh Kerajaan.


Ramai rakan2 penyokong PN sentap dengan saya, mereka kata saya condong dan bukan non-partisan. Mungkin pada mereka saya jadi neutral dan baik, kalau saya sokong PN sepenuhnya. Mainkan naratif mereka.


Harap mereka faham yang non-partisan ini merupakan pengadil sepanjang 5 tahun itu. Akhirnya, kami perlu bagi kemenangan pada yang layak buat masa Itu.


Cuma kali ini, yang menang tak boleh tubuh Kerajaan. Pengadil tak bagi pointer cukup. Makanya, Pengadil lagi besar yang punya kuasa. Bagi kemenangan sepatutnya. Makanya, berlapang dada la.


Pengadil besar suruh kongsi piala sama2, korang taknak, masih perasan piala korang punya juga. Makanya, sampai sudah la negara ni tak stabil juga. Asyik nak bertelagah siapa nak rampas piala. Penat kami nengoknya.


Untuk pengundi atas pagar/ non partisan. Kita bukan taksuber parti. Game baru sedang bermula, untuk 5 tahun ini. Kita sokong mana betul, bantah mana salah. Kumpul merit dan demerit mereka. PRU16 nanti kita decide semula.


Sama ada nak sokong apa yang ada atau nak tukar pula. Itu lah lambang demokrasi berjaya. Bila pengundinya mengundi bukan untuk parti, tapi untuk negara.


Salam hormat, Liyana Marzuki





64 views

Recent Posts

See All

TUKAR

Betul ke nak tukar Kerajaan lagi, apa cerita sebenarnya?

コメント


bottom of page