top of page

PAS di Kelantan makin mesra PMX

Minggu lepas saya ada menulis. Little Bird bagitau saya. Di Kelantan mungkin akan ada perubahan lanskap politik.


PAS di Kelantan makin mesra PMX. Mereka ada keinginan sertai Kerajaan Perpaduan. Kita tengok sambutan Hari Raya Madani di Kelantan semalam. Dari jalanan hingga ke istana. Disambut meriah.


Little Bird juga beritahu legasi Tun Guru Nik Aziz juga mungkin akan meninggalkan PAS. Dulu Nik Omar sekarang dengarnya Nik Abduh.


Selepas berapa lama adik-beradik ni bergaduh. Tak bertegur sapa, dan keluarga jadi porak peranda kerana politik parti. Sejuk hati tengok, semalam hubungan mereka kembali bertaut. Berdamai pula di depan pemimpin negara nombor satu.


Bagi pengundi biasa dan non partisan. Kami dah tak larat tengok pergaduhan. Kami dambakan politisyen negara tingkatkan kedamaian. Itu yang diperlukan untuk kestabilan.


Kalau ikuti penulisan saya dari mula, saya selalu promosikan Kerajaan Unity/ Perpaduan. Tak kira la siapa Perdana Menterinya. Kita nak politikus pakat elok2. Bangunkan negara bersama.


This is a good start. Perpaduan Ummah bermula di Serambi Mekah. Sama2 kita doakan yang lain terbuka hatinya. Kalau boleh kita nak dapat Kerajaan Perpaduan dengan erti kata sebenar. Seperti yang ada di Indonesia. Kerajaan dan Pembangkang bersatu jua.


Mereka kata saya gila. Harapkan benda yang takkan kunjung tiba. Jawapan saya, in history, every great thing was once a crazy idea.


In politics, apa pun boleh jadi. Nothing is impossible.


Salam hormat, Liyana Marzuki


Gossip politik saya bagi sikit: Nik Abduh bakal diangkat jadi Menteri Besar Kerajaan Perpaduan Kelantan. Sama2 kita doakan.




152 views

Recent Posts

See All

TUKAR

Betul ke nak tukar Kerajaan lagi, apa cerita sebenarnya?

Comments


bottom of page