top of page

Pemimpin muda, masa bencana ni memang boleh bagi tabik spring.

Pemimpin muda, masa bencana ni memang boleh bagi tabik spring.

Satunya yang paling utama, nekad dan jiwa mereka nak membantu tu bukan calang2. Their passion and determination are exemplary.

Kalau pemimpin dinosaur “bantu rakyat” dengan cara bawak rombongan VIP untuk “photo op” atau salam2 di pusat bantuan sambil campak duit. Paling koman pun, ada yang paling2 cuci rumah mangsa tapi pegang mop pun tak kena gaya.

Pemimpin muda lain caranya.

Sebagai contohnya:

1. YB Dr. Ong Kian Ming - 王建民 dayung sendiri kayak untuk selamatkan mangsa yang terkandas di atas bumbung. Dayung sampai berpuluh2 kilometer jauhnya.

2. YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bawa skuad parti MUDA untuk tolong selamatkan mangsa sampai pukul 4 pagi. Dia juga berjaya kumpulkan dana hampir RM1juta dalam masa 3 hari.

3. YB Hannah Yeoh tak reti diam dari hari Jumaat lalu. Ke hulu ke hilir dengan pakaian berlumpur. Semalam dia cadangkan di Parlimen agar mangsa banjir dikecualikan daripada bayar bil elektrik dan air.

4. YB Young Syefura Othman bantu mangsa di Parlimen Bentong tanpa jemu. Sampai rumah sendiri dibiarkan tenggelam. Dia setel rakyat dulu.

Itu beza pemimpin generasi baru.

Lepas ni tuan puan nak undi, bolehlah utamakan yang muda2. Politik mereka bukan cara lama.

Politik khidmat kepada rakyat yang diutama…






4 views

Recent Posts

See All

TUKAR

Betul ke nak tukar Kerajaan lagi, apa cerita sebenarnya?

Comments


bottom of page