top of page

PENGARUH

1. Dari mula saya menulis 4 tahun lepas, saya tak pernah jangka saya akan ada “follower”. Mantra yang saya pegang “menulis bukan kerna nama”. Tulis apa yang rasa di jiwa.


2. Namun baru2 ini, saya perasan ramai yang ikuti apa saya tulis. Dikongsi dalam Telegram dan WhatsApp juga. Pada saya, Alhamdullilah. Orang dah start baca. That’s all we need as a writer. Bila orang setuju dan forwardkan tulisan kita.


3. Sebulan lepas, room mate dah bersuara. Kena hati2 apa yang ditulis. Sebab orang akan ikut dan percaya. You can either make or break politicians. Dia kata ”with great influence, comes great responsibility”.


4. Saya tak percaya sangat apa dia kata. Dia suami saya. Mesti la bias.

4A. Hinggalah kebelakangan ini, ada ramai kem politik nak jumpa saya. Ada juga kem2 politik calon pemimpin nombor satu negara. Semua nak cerita their side of the story. Dan nak saya tolong mereka. Ada yang jolok nak guna platform saya, promosikan calon dan agenda mereka.


5. Saya terkezut juga sebenarnya. “Why me?” Room mate kata, “sebab platform you ramai pengundi atas pagar. Yang parti politik susah nak baca. Bukan penyokong taksub mereka”. Pakcik sorang ni selalu je ada jawapannya.


6. Tapi benar kata dia. Buat saya terpikir, even with power, but you don’t have influence, you’re nothing. Your power will shrink. Betul la mantra kita “the power in people is always greater than the people in power”.


7. Kepada mereka yang nak saya buat apa mereka nak, satu saja pesanan. Saya sokong mana baik, bantah mana salah. Platform ini bukan untuk dijual beli. Alhamdullilah setakat ini saya punya cukup rezeki Allah bagi.


8. Kalau nak saya promosi, please show what you can do to the country. At least bagi lah CV. Untuk kita teliti. Please show your SAFT and you are worthy. Itu yang saya akan tolong. Mana saya rasa baik untuk negara dan ikhlas bantu rakyat.


9. Nak jumpa bagai saya tak selesa. Boleh je DM saya. Kita bincang sama2. Tapi kalau nak bayar all saya tak terima. Bukan nak sombong pula, tapi memang tak tergamak nak gadai jiwa.


10. Saya nak jadi PENGARUH yang telus. Bukan PEMPENGERUH. Setia kita kepada negara. Bukan politikus.


Salam hormat, Liyana Marzuki

22 views

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page