Saya sudah up 3 postings. Kritik dan komen parti DAP, PAS dan Pejuang. Posting ini khas untuk PKR pula. Walau semalam saya puji mereka, tapi we have to call spade a spade. Seperti parti lain PKR juga tak sempurna.
Semua tahu, PKR mula2 ditubuhkan untuk keadilan seorang. Niat dan cita2 parti ini untuk bukan saja nak dia dilepaskan kes. Tapi nak angkat dia jadi Perdana Menteri. Selama 30 tahun jadi PM Tepi.
2 PM Malaysia, Tun M dan Najib Razak, masukkan dia dalam penjara. Ada kes seksual dan salahguna kuasa. Tapi faktanya dia sudah habis kan masa dalam penjara. Kes kedua, dia masuk 4 tahun dari 5 tahun kena hukum. Sebelum pengampunan Diraja diterima. Tapi adakah itu cukup nak kata rakyat boleh terima? Dia sudah suci jua?
Pentaksubnya akan kata ini semua fitnah belaka. Pada mereka, 2 PM dulu musuh utama Anwar, taknak dia berkuasa. Ada antara mereka yang tahu “perkara sebenar” tak kisah. Itu antara dia dengan Allah. Dosa peribadi boleh letak tepi, kalau dia boleh menyelamatkan negara. Itu antara pemikiran penyokong Parti PKR.
Parti ini sudah mula kuat semula. Kehadiran Rafizi Ramli sebagai general perang. Serangan tersusun dan strategi PRU setakat ini jitu. Pihak lawan pun naik segan silu.
Namun, ada yang kata PKR terbahagi dua. Sekarang kem Rafizi nak lenyapkan geng Presiden. Geng Rafizi dapat safe seat. Geng Presiden bertanding di seat kritikal. Kalau kalah, karier politik mereka akan lenyap. Rafizi boleh naik takhta pula.
Itu semua gossip politik yang diterima. Pemerhatian saya, Parti PKR ni ada satu perangai saya tak suka. In public, they like to wash their dirty linens. Gaduh2 perkara biasa. Kadang nampak radikal juga. Boleh takutkan pengundi atas pagar. Kalau lagu ni sukar jadi parti utama negara.
PRU ini PKR ada peluang untuk menang, kata mereka. Kalau tak menang, katanya mereka akan bergabung dengan BN untuk tubuh Kerajaan. Adamant taknak one-to-one.
Satu saja saya nak kata. UMNO tahu mereka boleh menang kalau Pembangkang berpecah tiga. Tak ke PKR terpikir offer nak pact dan jadikan AI PM ini, sandiwara semata2. Ini bukan kali pertama.
Lepas PRU, kalau mereka menang besar, mereka boleh bolayan PKR saja. Kalau mereka menang sikit pun, takkan PKR jadi pilihan. PAS kan ada?
Kalau pun UMNO setuju nak angkat AI jadi PM kita, apa tuntutan mereka? Sanggupkah AI lepaskan Kluster Mahkamah dan Merpati terbang bebas pula?
Kita perhatikan saja.
Salam hormat, Liyana Marzuki
PS- Post komen Bersatu is next. Then kita wrap up, kenapa saya komen semua parti gabungan pembangkang.
Comentarios