top of page

PM MASA DEPAN

Sebelum penamaan calon, saya sudah bagtau tuan puan. Little bird bagitau KJ tak ada dalam senarai. Jenuh officer dia cari tempat nak bertanding. Dapat la di Sungai Buloh. Kononnya MIC nak bagi laluan di situ.


Namun, MIC boikot penamaan calon BN. Langsung tak hadir. Salah satu isu Sungai Buloh. Presiden akhirnya benarkan KJ bertanding di situ.


Masuk jadi calon, KJ sudah bersuara. Dia nak cuci UMNO dari dalam, dia nak jadi PM. Makanya, melompat lah Presiden pula. Katanya, menang dulu Sungai Buloh tu baru sembang.


Little bird bagitau saya juga, KJ ni walau ramai pengundi atas pagar sukakan dia, orang dalam UMNO kureng dengannya. Jenuh dia cari tempat nak bertanding, ditolak orang2 Bahagian. Pada mereka, KJ ni set kayangan.


Yang bantu dia bukan geng Zahid, tapi geng Noh Omar dan warlords yang ditolak. Cara mereka nak jadikan dia next poster PM. Sampai bantu dia kempen di Sungai Buloh.


Kalau betul KJ nak cuci UMNO dari dalam, ramai akan sokong. Tapi kansernya dah berakar umbi. Kena overhaul totally.


Tu sebab saya cadangkan, UMNO dan BN direhatkan sepenggal dua. Kalau parti sendiri tak stabil, macam mana nak stabilkan negara?

PRU16, saya harapkan kita boleh nyahkan semua pemimpin dinosaur. Saya nantikan saat Malaysia punya KJ dan Rafizi Ramli, sebagai PM dan Ketua Pembangkang. Boleh tukar2 no hal.


Kalau satu ke laut kita jatuhkan. Lantik yang satu lagi. Itu lambang utuhnya demokrasi. Pengundi bijak yang TIDAK TAKSUB parti, mahupun personaliti.


Salam hormat, Liyana Marzuki





95 views

Recent Posts

See All

JAJARAN

MALAYSIA MEMILIH

1. Hari ini 19 November 2022, akan tersisip dalam sejarah negara. Hari rakyat Malaysia memilih Kerajaan mereka, selepas pelbagai isu dan...

Comments


bottom of page