top of page

SAFT- 4 HANG NADIM

Saya dah semak latar belakang beberapa calon pilihanraya. Terutamanya set Hang Nadim yang muda2. 4 calon ini menarik untuk pertimbangan pengundi mereka. Mereka dah lepas elemen Fathonah (intelligent). Kelayakan tinggi. Saya dah due-d. Bukan sijil tipu. Takde isu doktor palesu.


***************************************************


1. Zulhazmi bin Sharif (DAP) untuk JERAI


Zulhazmi bekas EXCO Pemuda PAS yang join DAP. PH letak dia di Parlimen Jerai, memang tindakan kamikaze. Tapi strategik pada saya. Mereka nak ukur sentimen penduduk luar bandar terhadap calon DAP Melayu di Kedah.


Zulhazmi ni saya kenal. Pada saya, dia masuk DAP tiada hal. Saya nak lihat Melayu berkaliber dalam DAP, bukan hanya jenis pak turut. Pada saya beliau ada kelebihan itu.


Kami tengah buat satu kes probono bersama. Kes tanah Rizab Melayu terjual ke pemaju Cina. Dia all out membantu. And cerdik pulak tu. Ada je akal dia nak nail the other side.

Dia underdog di Jerai, kalau menang satu kejutan. Tapi the fact dia cuba, dan satu lagi dia berkaliber. Kalah menang belakang cerita. Saya tahu dia akan survive dalam politik lama. In sya Allah, boleh jadi Wakil Rakyat yang bagus juga.


***************************************************


2. Amir Khusyairi (GTA) TELUK INTAN


Saudara ni peguam juga. Anak jati Teluk Intan, highly recommended dari kalangan pemerhati politik neutral. A raising star dalam Pejuang. Saya dengar ceramah beliau dalam Youtube. Boleh tahan, ada substance. Takde la retorik belaka.


Banyak dia terlibat dalam NGO juga. Bab tu Tabligh (Deliver) dah ada. Dia lawan Giant DAP di Teluk Intan. Susah nak menang kata mereka. Sebab majoriti bukan Melayu Islam. Tapi tak salah kita promote. Politik ini suatu marathon bukan sprint. Yang penting kita tengahkan pemimpin yang wibawa dan berpotensi. Makanya, saudara Amir, saya ucapkan, selamat maju jaya.


***************************************************


3. Mohd Syahir bin Che Sulaiman (PAS) BACHOK


Saudara Syahir ni, ramai pemerhati politik nampak dia the rising star dalam PN. Lulusan ekonomi daripada UIA. Best student all the way sampai dapat Anugerah Rektor. Pernah masuk sektor korporat syarikat Sime Darby. Selepas itu dia masuk politik. Saya ikuti ceramah beliau, berhemah sedap didengar.


Saya rasa dia akan menang di Bachok. Dapat la satu Hang Nadim di Parlimen. Harap istiqamah, jangan nanti jadi MP/ Menteri ke laut. Kami2 ni bukan totok. Sokongan kami bukan untuk selamanya. Kalau salah, akan ditibai jua


***************************************************


4. Hasbie Muda (AMANAH) TEMERLOH


Pertama kali saya tengok video debat dia hari tu. Melawan Pemuda BN. Saya suka. Made sense dan sensible. Saya pun ricki2 orangnya. Not bad CV beliau. Aktivis pelajar dan penulis buku. Jarang nak jumpa ahli politik muda nak menulis buku sekarang. Cuba tanya geng2 muda Parti Keramat. Susah nak cari.


Jadi saya kira, dia lepas elemen Fathonah tadi. Dia bertanding di Temerloh, pertahankan kerusi Amanah. Makanya dia kena usaha lebih sikit bagi orang Temerloh percaya. Mungkin boleh menang dan kekalkan kerusi.


***************************************************


Itu dia 4 calon, saya dah buat due-d first level. Tuan/puan boleh buat due-d seterusnya. Tengok media sosial mereka, dengar kan ceramah mereka. Tepuk dada tanya selera.


Kena ingat, Malaysia perlukan pemimpin wibawa. Bukan set2 apple polisher. Lagi teruk, set2 scammer dan gangster. Rosak negara dibuatnya.


Salam hormat, Liyana Marzuki







20 views

Recent Posts

See All

TUKAR

Betul ke nak tukar Kerajaan lagi, apa cerita sebenarnya?

Comments


bottom of page