top of page

SAFT SETIAWANGSA

Truth be told, saya ada soft spot untuk calon wanita. Ini kerana, ada Laporan Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang nyatakan hanya 11% pemimpin di Malaysia terdiri daripada wanita. Jauh rendah dari Indonesia dan Thailand.


Makanya, untuk calon SAFT saya promosikan lebih banyak pemimpin wanita. Kerana mereka selalunya underdog. Atau susah nak dapat perhatian atau menang. Walhal memang berkelayakan.


Sebelum ini saya promosikan Marina Ibrahim, Amira Aisyah, Dira Abu Zahar, Siti Aisyah dan Nurul Izzah. Semuanya pemimpin muda dari UMNO, DAP, PKR dan MUDA. Saya juga pernah ulas latar belakang salah satu calon Sepang, Datin Paduka Che Asmah. Bandingkan dengan DS Rina Harun.


Hari ini saya jumpa seorang lagi pemimpin wanita SAFT untuk Parlimen Setiawangsa. Saudari Bibi Sunita namanya.


Saya pernah seforum dengan beliau bercakap mengenai usahanita. Bijak dan berpengalaman. Nampak ikhlas nak berkhidmat. Siddiq nya ada di situ kerana bukan type2 politician. Dia berkhidmat dengan NGO punya lama.


Latar belakang pendidikan juga impressive. Sekarang Calon PhD di UIA. Ada pelangalaman korporat dan NGO. Dan plus pointnya dia orang tempatan Setiawangsa. Pada saya, beliau layak dipangkah.


Kepada pengundi Setiawangsa, jangan pajak otak2 tuan puan pada influencer.

Boleh nilaikan sendiri setiap calon, tepuk dada dan tanya selera.


Salam hormat, Liyana Marzuki



23 views

Recent Posts

See All

TUKAR

Betul ke nak tukar Kerajaan lagi, apa cerita sebenarnya?

コメント


bottom of page