top of page

Saya minat dengar lagu...

Saya minat dengar lagu ”the Joker and the Queen” oleh Ed Sheeran.


Malaysia pun ada MB joker sorang. Masa berkempen dia gelar calon wanita BN di Sik sebagai “BETINA”. Katanya lagi betina ini tidak sesuai jadi wakil rakyat dia Sik, kerana daerahnya di pendalaman dan mencabar.


Level apa seorang MB panggil wanita lain sebagai BETINA? Dia takde anak perempuan, emak atau isteri? Adakah dia sanggup gelar mereka BETINA juga? Ataupun gelaran itu hanya terpakai kepada seteru politik wanita?


PN ni orang dah mula rasa alternatif kepada BN. Tapi kalau perangai yang ada set2 joker tak bertauliah, orang akan mula pick the lesser of 2 evils. Mungkin kembali ke BN pula. Ada yang boleh lari ke PH juga. Makanya beringatlah. Now everything is critical.


Wanita juga besar segmennya. Jangan pandang kami sebelah mata. Pemilih laki kurang lagi dari pemilih wanita. Kalau macam ni punya hauk perangai, jangan harap undi diterima!


BETINA2 kami pun mampu kendong anak 9 bulan. Bersabung nyawa, beranakkan. Kalau setakat nak redah pendalaman dan hutan belantara, ramai wanita takde hal.


Maka, dalam memanggil wanita sebagai betina, cuba tanyakan kepada si Joker, betulkah otaknya terletak di kepala? Mungkin tercicir di jalan raya.



Salam hormat, Liyana Marzuki







14 views

Recent Posts

See All

TUKAR

Betul ke nak tukar Kerajaan lagi, apa cerita sebenarnya?

Comments


bottom of page