Saya selalu katakan, kita perlu Kerajaan yang baik, kita juga perlukan Pembangkang yang bagus. Untuk semak dan imbang. Ini penting dalam demokrasi, agar kepentingan rakyat terjaga.
PRU14, kita nampak DAP makin kuat. Punya 42 kerusi Parlimen. MP dari satu parti yang teramai. Mereka pula paling strategik dalam mengatur langkah. Diketengahkan pemimpin muda yang berkaliber: Anthony Loke, Yeoh Bee Yin dan Hannah Yeoh. Their succession plan is in place.
Berbeza dengan MCA, baru nak merangkak naik kembali. Presidennya Wee Ka Siong dilihat lemah di kalangan majoriti orang Cina. Tiada wow factor. Namun orang muda dalam MCA, ada yang saya suka.
Salah satunya, bekas diplomat Malaysia ke Amerika, saudara Neow Choo Seong. Calon BN di Taiping. Saya ikuti perkembangan beliau dari mula penamaan calon hari tu. Ada pemerhati politik bagitau.
Beliau melawan a giant dari DAP. Ramai kata susah nak menang juga. Lawannya kuat. Tambah di kubu kuat. Saya percaya benda yang sama.
Namun, kita promosikan calon berkualiti dan berpotensi. Kalah menang belakang cerita. Calon yang ini kita boleh earmark untuk jadi pemimpin masa depan. Anak jati Taiping dan fasih berbahasa Melayu. Graduan UUM dari Sintok Kedah. Leng Chai pula.
His speeches and campaigns hit the right notes to me. Pelan rancangan dia untuk Taiping, agar fokus naikkan kembali sektor perindustrian dan pelancongan. Dia nampak potensi sebenar Taiping, bandar moden tertua di Malaysia.
Kenyataan dia baru ni yang kata Malaysia kena keluar dari politik subsidi dan kebajikan. Kena fokus tentang memperkasakan rakyat. Ini bagi mengelak Malaysia jadi seperti Venezuela. Best didengar.
Due-d saya, at the surface beliau ada kualiti SAFT ini. Cuma perlu masa untuk yakinkan pengundi. Kalau kalah kali ini, boleh cuba lagi lain kali.
Looking forward to see him rise in MCA. Mana tahu satu hari nanti boleh jadi Presiden. Boleh juga semak dan imbang pemimpin DAP.
Salam hormat, Liyana Marzuki
Comments