top of page

SERAMBI MEKAH

1. Saya baca dalam ruangan komen. Ada sedara kata PAS parti paling berjaya. 49 kerusi kesemuanya. Maknanya PAS merupakan parti Melayu paling disukai. Berapa tahun lagi bukan saja Kelantan jadi SERAMBI MEKAH, satu Malaysia akan bertukar. The GREEN WAVE is here to stay.


2. Saya terkedu sekejap. Malaysia jadi Serambi Mekah? Sesuai ke konteksnya. Di Tanah Haram, hampir 100% orang Islam. Di Malaysia, MELAYU ISLAM hanya 52%. Saya rasa lebih sesuai jadikan Malaysia seperti Madinah. Negeri maju dengan pelbagai kaum. Itu baru kena gaya.


3. Saya pun study la, apa istimewanya SERAMBI MEKAH di Kelantan. Saya dapati, dari konteks pembinaan negara, pentadbiran dan tadbir urus sosial, sangat menyedihkan. KDNK per kapita tahun 2020 dan 2021, Kelantan adalah terendah dalam Malaysia. Lagi rendah dari Sabah dan Sarawak. Ia juga negeri kedua tertinggi punya penduduk miskin tegar dalam negara.


4. Dari konteks sosial, Kelantan catat kes dadah tertinggi dalam negara sudah sekian lama. Memang champion. Kes keganasan rumah tangga dan jenayah seksual pula tinggi dan membimbangkan. Sampai polis pun sound tahun lepas.


5. Jadi saya tertanya2, adakah gelaran SERAMBI MEKAH itu hanya atas kertas. Atau bersifat luaran. Diukur dengan berapa ramai pemimpin pakai ketayap putih dengan kuda tunggangan jenis Mercedes? Kerja mereka hanya ratib sekular dan DAP?


6. To be fair, Terengganu set lain. Pemimpinnya profesional dan forward looking. Moderat dan progresif. Saya harap Terengganu jadi Madinah Malaysia. Seperti zaman Rasulullah. Semua bangsa hidup aman bahagia. Jarang ada persengketaan agama.


7. Ada kawan cerita pada saya. Anak buah dia kat sekolah cakap kalau PH memerintah Malaysia, Malaysia akan jadi negara sekular dan azan nanti tiada. Semua budak perempuan kena pakai skirt pula. Astaga. Sampai macam tu sekali propaganda mereka.


8. Saya minta dia bawa anak buah ke Shah Alam dan Bangi di Selangor. Betapa maju dan Islamik nya dua bandar tersebut. Masjid merata, setiap kali masuk waktu, kuat je azannya. Jemaah Masjid pun padu. Pembangunan berlaku setiap sudut. Kes jenayah rendah, dan pendidikan anak2 setara negara maju. Elok saja anak2 mereka bertudung litup.


9. Semangat muhibah tinggi juga antara kaum. Buktinya di Bangi, mereka undi calon Melayu DAP dengan majoriti tinggi. Adakah nak cakap mereka semua ni pendokong komunis? Please! Takkan tergugat pentadbiran agama di Bangi dan Shah Alam. Malah makin berkembang.


9. Itu buktikan pentadbiran efisyen pemimpinnya. PH jaga negeri Selangor nak dekat 2 dekad.


10. Kita sebagai pengundi, kena buka mata. Tujuan berpolitik, ialah untuk membina sebuah negara bangsa, bukan hanya khusus untuk satu kaum dan agama. Kepimpinan ulamak kata mereka. SERAMBI MEKAH Kelantan buktinya. The whole Malaysia is next!


11. Kalau itu benchmarknya, saya nak Khalifah Melayu Islam berwibawa memimpin negara. Bukan ulamak saja. Saya percaya ulamak kerjanya membimbing dan mengajar. Kerja mentadbir negeri atau negara, perlu serahkan kepada yang pakar.



Salam hormat, Liyana Marzuki





95 views

Recent Posts

See All

TUKAR

Betul ke nak tukar Kerajaan lagi, apa cerita sebenarnya?

Kommentare


bottom of page