top of page

SONGSANG

Masa saya kecil, di Kampung Manjoi kuat parti PAS. Atok selalu kata orang PAS dan UMNO susah nak bercampur. Kadang kenduri pun tak datang. Solat pun lain2 saf. Sebab Amanat Hadi Awang. Habis dikafirkan semua orang.


Bila saya dah dewasa, saya sedar politik itu banyaknya matlamat menghalalkan cara. They’re mostly political animals. Apapun dibuat untuk dapatkan kuasa.


Kawan jadi lawan. Lawan jadi kawan. Perkara biasa. Pentaksub mereka pula wala mengkhinzir buta.


Baru2 ni, orang PAS ada cakap, kalau undi PH dan BN masuk neraka. Seperti nak bilang undi PAS saja tiket ke syurga. Ya rabbi. Dah tahun 2022 pun masih guna wayang sama.

Pengundi saluran satu boleh la pakcik nak guna propaganda begini. Kami yang muda2 ni dah tak lut lagi. We know your true colours already.


Alih2 dia mintak maaf. Katanya tak sengaja pula. Walhal “fatwa” dia tu dah habis tersebar. Elok la ramai yang report polis. Jangan dibenarkan tunggang agama kerana nakkan kuasa politik.


Kita harus ada Akta khas untuk semua ini. Mana2 politikus yang sebar dakyah dan propaganda agama dan kaum harus diambil tindakan. Akta Keharmonian Kaum dan Agama. Lama dah patut ada. Kerana kita negara berbilang bangsa. Sesiapa yang naik jadi Menteri Perpaduan nanti tengok2 kan la.


Presiden PAS juga keluar kenyataan, Parlimen ni bukan sekolah. Dia tak perlu hadir tiap kali. Kehadiran dia antara yang paling teruk, hanya 28/89 hari. Lagi satu Ya Rabbi. Namanya pun Ahli Parlimen. Ahli Dewan Rakyat.


Kalau mesyuarat Dewan Rakyat pun kata tak payah hadir, apa gunanya jadi Wakil Rakyat? Wakil rakyat tu di Parlimen la. Bukannya melepak di kawasan setempat.


Presiden PAS ni pun dah set dinosaur yang perlu dinyahkan dari politik negara. Kerja dia hanya keluar fatwa untuk PAS lebih berkuasa. Kerja lain tak boleh buat jua.


TS Muhy pun dah kata dulu. PAS ni parti ajaran songsang. Tapi sebab dalam politik ini matlamat menghalalkan cara. Maka nak berkuasa, geng macam ni ditelan sahaja. Dipejam kan mata.


Cuma jangan lupa, pengundi kali ini lebih 50% pengundi muda. Dakyah2 songsang begini sukar diterima.


Salam hormat, Liyana Marzuki





66 views

Recent Posts

See All

TUKAR

Betul ke nak tukar Kerajaan lagi, apa cerita sebenarnya?

Comments


bottom of page