Anak teruna sulung saya kena naik ERL dari Putrajaya-BTS. Pastu naik LRT dari BTS- Hang Tuah. Kalau saya tak boleh hantar ke sekolah.
Balik pun sama. Menapak la ke stesyen LRT dari sekolah. Tukar di BTS naik ERL pula. Sampai Putrajaya, naik Grab ke rumah.
Kadang kesian, tengokkan dia balik dah penat. Belum lagi hari Rabu, dia ada latihan band. Nak dekat Maghrib baru sampai rumah. Lepas solat, buat homework pulak. Kadang sampai pukul 11 tak tidur. Esok pukul 5 dah kena bangun.
Roommate pulak hati kental. Katanya, biar anak belajar susah sekarang. Anak orang lain, ada yang meredah sungai dan hutan nak timba ilmu. Anak kita setakat naik LRT, ada aircond pulak tu.
Saya selalu pujuk hati, takpe la dia belajar erti GRIT sekarang. Nanti macam2 cabaran hidup yang akan datang. Dah hampir setahun dia berulang. Tak pernah saya dengar dia komplen. Malah macam seronok.
Dia kata kadang dia jalan balik tu, dia bantu makcik pakcik angkat beg sebab berat. Dia dapat member jual air tepi jalan. Kadang amoi cun pun dia sembang Seronok Roommate dengar. That’s my son katanya
Hari ni, “the Brown Boy” from Malaysia naik pentas sekolah. Dapat hadiah. Ok lah result periksa dia. Alhamdullilah…
Betul cakap orang, “book smart” dan “street smart” sama pentingnya.
Salam hormat, Liyana Marzuki
Kommentare