top of page

UNDI ORANG MUDA

1. PRU15 ini akan ada lebih 5 juta orang pengundi baru. Menjadikan total pengundi di Malaysia seramai 21 juta orang.


2. Daripada 5 juta tersebut, ada 1.6 juta pengundi berumur 18-21 tahun. Mereka kita gelar sebagai Gen Z. Mereka ni bukan macam Gen Baby Boomers, X dan Y. Mereka tiada di sini. Facebook bukan medium sosial mereka. Mereka ada di Tik Tok dan Twitter. Instagram juga.


3. Setiap Sabtu, 6 bulan kebelakangan ini, saya dijemput oleh Merdeka Centre untuk memberi ceramah mengenai kenegaraan dan politik. Kepada Gen Z. Ramai di kalangan pelajar Tingkatan 6 dan siswa siswi Universiti.


4. Ramai yang tak tahu apa nak buat ketika PRU. Ada yang nama parti pun tak tahu. Saya tekankan, “loyalty to our country always, loyalty to political parties and leaders only when they deserve it”. Itu mentaliti pengundi bijak. Nak sokong boleh, cuma jangan taksub tak bertempat. Harap2 mereka ingat.


5. Alhamdullilah… ramai anak muda kita mula celik politik. Boleh tengok semangat mereka di Tiktok dan Twitter.


6. Namun ada juga adik2 ni DM saya. Katakan tolong juga up posting mengenai pilihanraya. Ada yang kata mereka buka akaun FB hanya ikuti saya dan beberapa influencer lain. Yang pada mereka neutral. Terharu dibuatnya.


7. Jadi hari ni kita tuition sikit. Perkara asas saja. Yang otai2 kalau nak revise pun ok je.


8. Hari ni 20.10.2022, SPR akan tetapkan hari penamaan calon dan hari mengundi untuk PRU15 ini. Dalam Perlembagaan, hari mengundi perlu ditetapkan dalam masa 60 hari selepas Parlimen dibubarkan. Sebab Parlimen bubar pada 10.10.2022, makanya tempoh yang ada ialah sehingga 9.12.2022.


9. Dijangkakan SPR akan umum tarikh sebelum pertengahan November sebagai hari mengundi. Agar nak elak musim banjir besar2an. Sekarang pun dah start banjir actually. Tapi apa nak buat, depa nak juga #PRUBanjir ni. Kita turutkan je lah walau tak puas hati.


10. Makanya, hari mengundi nanti, kita akan pangkah dua bahagian. Satu wakil kita ke Dewan Rakyat yang kita panggil Ahli Parlimen (Members of Parliament) dan satu lagi wakil kita ke Dewan Undangan Negeri atau kita gelar mereka ADUN.


11. Satu pangkah orang yang nak jadi MP, satu pangkah ADUN. Mereka ni kita gelar Legislatur atau Penggubal Undang2. Kerja mereka patutnya membuat undang2 dan polisi yang baik untuk rakyat. Bukannya masuk Dewan gelar orang bukan2 dan sakat menyakat. Polisi apa pun tak ingat.


12. Di Malaysia ada 222 kawasan Parlimen dan 505 kawasan DUN. Negeri paling banyak kerusi Parlimen dan DUN ialah Sabah dan Sarawak. Total kerusi Negeri Borneo ialah 56 kerusi Parlimen. Tu sebab mereka la selalu jadi King Maker. Tentukan geng mana nak menang pilihanraya.


13. Negeri lain yang banyak ialah Selangor dan Johor. Selalu negeri ini jadi benchmark siapa yang menang pilihanraya. Tu sebab parti2 berebut 2 negeri ni.


14. Parti yang paling banyak menang kerusi akan tubuh Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Mereka juga akan lantik Perdana Menteri dan Menteri Besar. PM dan MB ini pula akan lantik Kabinet dan Exco mereka. Maka dah ada semua itu, mereka diberi tempoh masa 5 tahun untuk memerintah. Sebelum proses ini berulang semula.


15. Bagaimana nak menang pilihanraya? Bilamana suatu parti itu menang kerusi majoriti. Iaitu lebih 50% jumlah kerusi.


16. Maknanya mana2 yang dapat 112 kerusi dulu, dia akan menang. Konsep undi ini dipanggil “first past the post”. Siapa dapat dulu kerusi paling banyak, iaitu 112 kerusi, dia juara. Simple saja.


17. Dulu PRU14, PH menang dengan 125 kerusi semuanya. BN 79 kerusi.


18. Sekarang selepas beberapa pilihanraya kecil, PH ada 129 kerusi dan BN ada 42 kerusi saja. UMNO tinggal 39 kerusi. 3 lagi MCA dan MIC.


19. PRU15 ini ada orang tanya saya, siapa akan menang? Penganalisa jangkakan tiada parti yang boleh tubuh Kerajaan secara bersendirian. Makanya mungkin akan ada Kerajaan Gabungan banyak parti. Tak lahu la tang mana datangnya stabiliti? Kita tengokkan nanti.


20. Tapi nasihat saya, undilah wakil rakyat yang berkualiti tak kira mana parti. Kalau mereka bergabung nanti, takde la kita dapat Menteri cap ayam lagi. Dapat jugak lah Menteri berkualiti.


21. Kepada adik2, keluar lah mengundi. Tunjukkan kuasamu itu. Pilih yang terbaik. Undi calon bukan hanya tengok parti. Tunjukkan kita set2 Hang Nadim pun punya kuasa besar.


22. Ingat titah Sultan Nazrin Shah, elakkan undi set2 suka menyakau. Yang tu apah pun tak guna. Rosak negara dibuatnya.


Salam hormat, Liyana Marzuki





8 views

Recent Posts

See All

TUKAR

Betul ke nak tukar Kerajaan lagi, apa cerita sebenarnya?

Comments


bottom of page