top of page

UNITY

1. Saya bagi perspektif untuk kita renungkan. Tahun depan dunia akan hadapi kemelesetan ekonomi. Malaysia tak berkecuali.


2. Sekarang ringgit Malaysia jatuh paling teruk dalam sejarah. RM4.54 seUS Dollar. Rating kredit Malaysia juga jatuh. Dari “A-“ (2019) ke “BBB+” (2022). Takat hutang kita juga mengjangkaui 65% drpd GDP.


3. Ini semua petanda kurang baik. Ekonomi kita terjejas kerana politik kita tidak stabil. Bilamana negara lain sepakat menghadapi kemelesetan ekonomi. Politikus kita masih bergaduh sesama sendiri.


4. Mereka kata lepas PRU akan ada stabiliti. Setiap parti idamkan besarnya majoriti. Bagi mereka perintah negara seorang diri. Tapi itu tak mungkin terjadi. Analisa menunjukkan tiada parti yang boleh tubuh Kerajaan secara sendirian. Makanya, yang lawan akan jadi kawan.


5. Walaupun dengan gabungan, adakah akan gerenti ada kestabilan? Akan ada musical chair lagi. Siapa layak jadi Perdana Menteri. Berebut line up Kabinet lagi.


6. Pendirian saya konsisten. Dalam setandan pisang, tak semuanya busuk, tak semuanya baik. Dalam setiap parti ada strength tersendiri.


7. Dalam PH, kita ada Anwar Ibrahim, bekas Menteri Kewangan terbaik Asia tahun 90-an. Dibantu oleh bayangan Kabinet muda. Rafizi Ramli, Nurul Izzah, Fahmi Fadzil. Hannah Yeoh, Steven Sim, Anthony Loke, Yeoh Bee Yin. Mereka ada kaliber memimpin.


8. Dalam BN, kita ada Johari Ghani, teknokrat berjaya tanpa terpalit isu, KJ juga di situ bersama Syahril Hamdan. Ismail Sabri pun boleh masuk sekali. Walau saya rasa tak boleh carry role as Perdana Menteri lagi.


9. Di dalam PN, kita ada Muhyiddin Yassin, Hamzah Zainuddin dan Azmin Ali. Yang ada pengalaman memimpin Kementerian dan ada skor baik. Namun perlu tolak tepi Rina Harun dan Peja.


10. Dalam parti lain serta blok borneo kita ada Shafie Apdal, Anifah Aman, Mukhriz Mahathir dan Darell Leiking yang juga berpengalaman dan bagus dalam tugas.


11. Kalau pemimpin2 ini bergabung dalam Kabinet Unity, Malaysia punya harapan. Nak hadapi kemelesetan ekonomi tahun depan.


13. At the rate we are going, kita tak perlukan tikam menikam. Kalau nak stability, kita perlukan Kerajaan Unity. Semua letak tangan, sama2 pimpin Kerajaan.


14. Tengokkan Indonesia, betapa stabilnya mereka, bila blok Kerajaan dan Pembangkang bergandingan.


15. Sekiranya ditakdirkan PH menang dan Anwar diangkat jadi Perdana Menteri Malaysia, saya harap beliau berjiwa besar. Extend the cabinet seat kepada yang layak. Walau dari parti lawan. Itu pada saya, sifat seorang negarawan.


16. Kita sebagai pengundi, we will do our part. Pick the lesser evil antara mereka. Akan terus berdoa yang terbaik untuk Malaysia.


Salam hormat,

Liyana Marzuki


113 views

Recent Posts

See All

TUKAR

Betul ke nak tukar Kerajaan lagi, apa cerita sebenarnya?

Comentários


bottom of page